Harga Emas Maybank Hari Ini vs Harga GAP Public Gold

MIGA-i & Akaun Emas GAP Public Gold

“Harga emas Maybank hari ini beza ke dengan harga akaun GAP Public Gold?” soalan ini antara yang paling kerap saya terima daripada klien emas saya. Jom saya terangkan secara ringkas tapi padat.

Emas Maybank merujuk kepada servis MIGA-i yang disediakan oleh salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.

Apa Itu MIGA-i dan Bagaimana Nak Semak Harga Emas Maybank Hari Ini?

Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) ialah akaun pelaburan emas patuh syariah yang diperkenalkan oleh Maybank Islamic Berhad pada tahun 2021. Ia membolehkan pelanggan membeli dan menjual emas pelaburan 999.9 yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Baca Product Disclosure Sheet ini

✅ Minimum pembelian serendah RM10
✅ Urus niaga boleh dibuat melalui Maybank2u
✅ Pilihan pengeluaran emas fizikal disediakan

📌 Nak semak harga emas Maybank hari ini? Layari laman rasmi Maybank atau semak terus di akaun MIGA-i anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican (kiri) dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan semasa pelancaran Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) - Foto Maybank Islamic
MIGA-i yang dilancarkan pada tahun 2021

Apa Itu Akaun GAP Public Gold dan Kenapa Ramai Pilih Simpanan Ini?

Gold Accumulation Program (GAP) pula adalah akaun emas pertama yang diwujudkan oleh syarikat penjual emas di Malaysia, iaitu Public Gold.

Untuk membaca lebih lanjut tentang akaun GAP, anda boleh baca di sini.

Akaun emas GAP Public Gold
Akaun Emas GAP Public Gold

Namun, apa dia perbezaan ketara antara MIGA-i dengan akaun emas GAP Public Gold? Jom saya kongsikan 5 Perbezaan Penting: Harga Emas Maybank Hari Ini vs Harga GAP Public Gold

Perbezaan Ketara

1. Minimum Pembelian

Untuk pelabur yang aktif semak harga emas Maybank hari ini, MIGA-i memberikan akses cepat melalui Maybank2u. Di MIGA-i, minimum pembelian emas adalah RM10. Manakala, di akaun GAP adalah RM100 dan boleh semak di aplikasi Public Gold.

2. Caj Pengeluaran Emas

Caj pengeluaran emas fizikal pun mainkan peranan yang sangat penting. Sebabnya makin mahal caj, makin rugilah kita.

Public Gold pun ada sediakan servis postage emas berinsurans sehingga 21.25 gram dan ianya bermula dari RM10. Murah & kita dah tak perlu risau tentang keselamatan emas kita.

Untuk emas lebih 21.25, kita boleh tetapkan temujanji dan collect emas di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat.

Harga emas Maybank hari ini: Caj pengeluaran emas fizikal di Maybank
Caj pengeluaran emas fizikal & caj penghantaran di Maybank
Harga Emas Maybank Hari Ini. Caj premium Public Gold
Caj pengeluaran emas fizikal di Public Gold

3. Caj Transaksi

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, caj RM5 dikenakan untuk setiap transaksi beli, jual & pindahan emas jika dilakukan di cawangan Maybank. Namun, jika menggunakan Maybank2u, tiada caj.

Manakala di Public Gold, tiada sebarang caj dikenakan untuk segala jenis transaksi. Tak kira offline atau online.

4. Buyback Emas

Untuk buyback emas tidak dinyatakan secara spesifik di MIGA-i. Jika menurut data harga di website Maybank, spread nya adalah sekitar 4%. Syarat untuk jual semula fizikal sangat ketat dan hanya di cawangan tertentu sahaja.

Di Public Gold, nilai spread berbeza mengikut berat emas. Makin berat emas, makin rendah nilai spread. Jika nak jual online dalam akaun GAP, nilai spread fixed 8%. Jaminan 100% buyback tak kisah fizikal atau online.

Harga Emas Maybank Hari Ini. Spread emas di Public Gold
Spread emas di Public Gold

5. Lain-Lain Caj

Harga emas Maybank hari ini: Caj pengeluaran emas fizikal di Maybank
Lain-lain caj merujuk kepada yuran ejen

Maybank mengenakan caj ejen sebanyak 0.5% bagi kos pengurusan akaun MIGA-i.

Public Gold pula tidak mengenakan sebarang kos ejen ke atas penyimpan emas. Kesemua ilmu yang diberikan oleh Dealer Public Gold adalah secara percuma.

Kesimpulan

Dalam memilih pelaburan emas, kita harus menilai setiap aspek dengan teliti dan tidak hanya fokus pada satu atau dua kriteria sahaja sebelum membuat keputusan mengenai jenama yang sesuai.

Bandingkan harga emas Maybank hari ini beserta dengan ciri-ciri yang lain supaya anda tak pening sewaktu membuat keputusan.

Memiliki checklist yang terperinci dalam memilih jenama emas untuk pelaburan akan membantu kita meningkatkan kekayaan emas tanpa rasa penyesalan. Yang paling penting, mudah nak dapatkan emas fizikal & mudah nak jual semula emas tersebut.

Oleh itu, mulakan simpanan emas dengan kefahaman yang mendalam agar kekayaan kita dapat berkembang dan terus berkembang.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

2 thoughts on “Harga Emas Maybank Hari Ini vs Harga GAP Public Gold”

    1. Waalaikumussalam tuan. Terima kasih atas soalan tu. Sebenarnya harga emas MIGA dan Public Gold (PG) memang berbeza disebabkan beberapa faktor seperti yang saya kongsikan dalam artikel. Sama juga emas di bank-bank lain beza harganya dengan MIGA. Harga emas Public Gold pun berbeza dengan Habib, Tomei dan syarikat emas lain.

      Secara mudahnya, Public Gold kelebihannya pada emas fizikalnya, kemudahan nak jual balik, kemudahan nak dapatkan emas, kemudahan nak beli emas tanpa had dan ada banyak jenis emas & design barangan kemas lain dikeluarkan. Dan ada orang yang tolong uruskan kalau nak beli emas dan dapat dalam tangan. Boleh pilih mana satu yang sesuai dengan citarasa.

      Jika berminat nak simpan emas Public Gold dengan bimbingan terbaik, boleh WhatsApp saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *