Kenangan Menyimpan Emas

Kenangan Menyimpan Emas

Kenangan Menyimpan Emas Sejak Zaman Diploma – Ini adalah koleksi emas 30g yang saya beli pada tahun 2020. Alhamdulillah, rasa macam tidak percaya sudah hampir dua tahun emas ini kekal utuh dalam simpanan.

Jika saya tidak bermula ketika itu, mungkin simpanan saya sudah habis dibelanjakan untuk perkara yang tidak berfaedah.

Melihat kepingan emas ini membuatkan saya teringat kembali kenangan menyimpan emas yang penuh dengan semangat anak muda.

Cabaran Dan Kenangan Menyimpan Emas di Cawangan Ipoh

Saya masih ingat lagi momen ini dengan jelas. Waktu itu saya masih belajar di Tapah, Perak. Cawangan Public Gold yang paling hampir terletak di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, Ipoh.

Oleh kerana tiada kenderaan sendiri, saya terpaksa mengajak kawan-kawan diploma untuk menemani saya “mengutip” emas tersebut.

Semangat waktu itu memang membara-bara. Kami sanggup berkongsi duit sewa kereta dan duit minyak semata-mata mahu ke Ipoh. Perjalanan yang jauh dan kesesakan lalu lintas langsung tidak menjadi penghalang.

Ibarat mahu pergi berperang rasanya! Bezanya, saya “berperang” untuk menyelamatkan nilai wang saya daripada inflasi.

Koleksi BungaMas: 20g dan 10g Goldbar Public Gold

Hasil daripada kenangan menyimpan emas tersebut, saya berjaya memiliki:

  • 20g Goldbar BungaMas Public Gold

  • 10g Goldbar BungaMas Public Gold

Kenangan menyimpan emas dengan Public Gold
Kenangan menyimpan emas dengan Public Gold

Terima kasih buat rakan-rakan yang sanggup meluangkan masa menemani saya. Tanpa sokongan mereka, mungkin saya tidak seberani itu untuk mula menukar wang simpanan kepada emas fizikal.

Inilah pentingnya mempunyai komuniti atau rakan-rakan yang mempunyai matlamat kewangan yang positif.

Kenapa Emas Lebih Baik Daripada Simpanan Bank?

Satu perkara yang membuatkan saya terfikir adalah disiplin diri. Jika saya hanya membiarkan duit tersebut di dalam akaun bank sejak tahun 2020, kemungkinan besar duit itu sudah “lesap” atau menjadi “zero”. Nafsu untuk berbelanja sentiasa ada apabila melihat baki akaun yang tinggi.

Namun, dengan menukar duit tersebut kepada emas, ia secara tidak langsung mengunci keinginan saya untuk berbelanja boros. Emas fizikal ini kekal selamat dalam simpanan saya sehingga ke saat ini.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Kebaikan Simpanan Emas Berbanding Wang Tunai untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam.

Visi Masa Depan Dengan Simpanan Emas

Insya-Allah, bila sampai masanya nanti, saya akan manfaatkan simpanan emas ini untuk ditukarkan menjadi aset yang lebih besar seperti deposit rumah atau modal perniagaan. Memulakan simpanan emas di usia muda adalah langkah awal ke arah kebebasan kewangan.

Bagi anda yang ingin bermula tetapi bimbang tentang keselamatan, anda boleh merujuk kepada panduan rasmi di Bank Negara Malaysia mengenai Penipuan Kewangan untuk memastikan anda sentiasa menyimpan di platform yang sah dan dipercayai seperti Public Gold.

Irfan Sa’id,
Anak muda, mulakan langkah pertama anda hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *