Kenangan Menyimpan Emas

Ini emas 30g yang saya beli dulu pada tahun 2020. Alhamdulillah macam tak percaya, dah nak hampir 2 tahun emas ni berada dalam simpanan.

Saya ingat lagi momen ini. Bila saya ajak kawan-kawan waktu diploma untuk teman saya ke Public Gold cawangan Ipoh untuk collect emas.

Sebabnya dulu saya belajar di Tapah, cawangan yang paling dekat ialah cawangan Ipoh. Dekat Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee sana.

Haa punya la semangat waktu tu, sanggup bayar duit sewa kereta, keluar duit minyak semata-mata nak pergi collect emas.

Membara-bara semangat waktu tu, udah gaya macam nak pergi berperang. Iyalah, berperang hadap jem atas jalan hahahaha.

20g Goldbar BungaMas Public Gold
10g Goldbar BungaMas Public Gold

Terima kasih juga dekat kawan-kawan saya sebab sanggup teman dan ikut sekali. Terharuuu betul!

Cuma yang tiba-tiba buatkan saya terfikir,

“Kalau aku simpan duit je dari tahun 2020 dan biarkan dalam bank, rasanya memang lesap duit tu. Habuk pun takdak. Boleh jadi zero terus!”

Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dapat tukarkan sebahagian duit simpanan kepada emas fizikal. Hasilnya, ia kekal sampai ke saat ini dalam simpanan sendiri.

Insya-Allah bila sampai masanya, saya akan manfaatkan pula simpanan emas ini untuk ditukarkan menjadi aset yang lebih besar. Aminnn.

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published.