Best bila kita dapat memaafkan orang lain. Betul, kita taklah sempurna. Sekali orang buat, terus boleh maafkan kesilapan mereka. Kita masih ada ego walaupun sekecil semut api.
Cuma bila masa berlalu, kita akan perlahan-lahan sedar yang simpan dendam dan pendam di dalam hati itu hanya merugikan diri sendiri. Malah, mungkin merosakkan diri lagi.
Tenangnya hati bila kita saling memaafi. Mungkin kesilapannya tidak boleh kita lupakan. Namun, jika hati kata sudi, sekelumit benci pun tak mungkin singgah ke sanubari.
Insya-Allah kita sama-sama cuba hadapi segalanya dengan niat semoga Allah memberkati apa yang kita buat. Dan berdoa agar Allah sahaja yang akan mengganjari kita di akhirat nanti.
Irfan Sa’id,
Ketenangan hati, ketenangan abadi.