Konsep Akaun Emas GAP – Cara Simpan Emas Serendah RM100

Konsep Akaun Emas GAP: Simpan Emas Serendah RM100 – Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak mula simpan emas dengan bajet kecil? Di sinilah Akaun Emas GAP Public Gold menjadi penyelesaian.

GAP atau Gold Accumulation Program adalah satu inisiatif yang diperkenalkan sejak tahun 2014 untuk memudahkan rakyat Malaysia menabung emas sedikit demi sedikit, sama seperti membuka akaun bank tetapi bezanya, baki anda bukan dalam bentuk duit, sebaliknya gram emas tulen 999.9.

Public Gold juga menjadi syarikat emas pertama di Malaysia yang menawarkan akaun emas seperti ini. Sebelum wujud GAP, hanya bank sahaja yang menyediakan kemudahan akaun simpanan emas.

Bagaimana Akaun Emas GAP Berfungsi?

Mudah sahaja, prosesnya seakan-akan menabung dalam akaun bank:

  1. Daftar Akaun GAP (percuma).

  2. Masukkan duit serendah RM100.

  3. Duit anda terus ditukar kepada nilai gram emas mengikut harga semasa.

  4. Pantau baki emas melalui aplikasi Public Gold 24/7.

  5. Bila cukup gram, anda boleh keluarkan emas fizikal atau terus kekalkan dalam akaun.

Contoh mudah:
Jika Abu membeli 1 gram emas pada 1 Januari 2020 dengan harga RM208, baki akaun GAP beliau akan menunjukkan 1 gram. Pada 16 Disember 2020, Abu beli lagi 1 gram (harga RM270), maka jumlah terkumpul jadi 2 gram emas dalam akaun GAP.

Kenapa Akaun GAP Jadi Pilihan?

Public Gold merancang GAP untuk selesaikan dua masalah utama penyimpan emas:

1. Takut Simpan Sendiri

Ramai yang risau tentang keselamatan jongkong emas di rumah. Dengan GAP, anda tak perlu risau. Simpanan dilindungi sepenuhnya oleh Public Gold tanpa caj simpanan, walaupun bertahun-tahun.

2. Bajet Kecil

Tak semua mampu beli jongkong emas bernilai ribuan ringgit sekaligus. Dengan GAP, anda boleh mula serendah RM100 sahaja. Malah, ada pelajar universiti yang berjaya kumpul lebih 30 gram emas hanya dengan menabung sikit-sikit.

Postage Emas Berinsurans Public Gold

Kemudian, kita boleh mohon pengeluaran emas fizikal dalam bentuk Goldbar atau Dinar terus daripada Akaun GAP. Contohnya, kalau nak keluarkan dalam bentuk 10 gram Goldbar BungaMas, boleh terus keluarkan semuanya tanpa masalah.

Selepas permohonan pengeluaran dibuat, anda hanya perlu selesaikan bayaran caj premium dan caj GIT (kos penghantaran berinsurans). Caj premium ini adalah kos menghasilkan gold bar dan dinar.

WM: Semenanjung Malaysia, EM; Sabah & Sarawak

Siap bayar kos premium dan caj GIT, kita tunggu saja emas sampai di rumah dengan selamat. Duduk-duduk sambil minum kopi, tiba-tiba abang DHL sampai. Terus senyum lebar sampai ke telinga.

Jika kita nak keluarkan emas fizikal berat lebih dari 21.25g, kita boleh set appointment untuk collect emas di cawangan Public Gold yang terdekat.

Konsep Simpanan Akaun Emas GAP
Salah satu klien emas saya yang dah dapat emas. Alhamdulillah.

Kesimpulan: Konsep Akaun Emas GAP Public Gold

Konsep Akaun Emas GAP adalah cara paling mudah, fleksibel, dan selamat untuk mula menyimpan emas fizikal di Malaysia. Dengan bajet serendah RM100, anda dah boleh mula kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa rasa terbeban.

Lebih lama anda menunggu, lebih sedikit gram emas yang mampu dibeli kerana harga emas cenderung meningkat setiap tahun. Jadi, jangan tunggu lagi dan hubungi saya lekas!

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di Tips Kewangan Viral Irfan Said.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *