Literasi Kewangan: Beza Produk Pelaburan vs Perlindungan

Literasi kewangan produk pelaburan

Apa yang saya belajar sepanjang perjalanan dalam bab kewangan ini, adalah satu fakta penting! Bukan semua produk kewangan yang ditawarkan di pasaran adalah baik atau sesuai untuk tujuan pelaburan.

Ramai yang keliru. Literasi Kewangan Produk Pelaburan yang kukuh sangat diperlukan sebelum anda menyerahkan wang anda kepada mana-mana pihak.

Bezakan Produk Perlindungan vs Pelaburan Sebenar

Pada asasnya, produk kewangan terbahagi kepada beberapa kategori. Ada yang dikategorikan sebagai perlindungan sahaja (seperti takaful/insurans).

Ada juga yang dikategorikan sebagai pelaburan jangka masa panjang (seperti emas dan hartanah) dan jangka sederhana (seperti unit amanah).

Kesilapan paling biasa adalah apabila orang menganggap produk perlindungan yang mempunyai elemen simpanan sebagai pelaburan utama mereka.

Contohnya jika kita dimomokkan dengan cerita, pulangan produk XXX dapat lebih tinggi dari produk sekian, sekian, sekian, sebaiknya buat semakan terlebih dahulu (due diligence). Kita ada hak ke atas duit sendiri dan keputusan yang diambil akan memberi kesan besar pada kita di masa hadapan.

Jika pilihan anda baik dan selari dengan matlamat anda, alhamdulillah. Jika sebaliknya, nauzubillah. Kegagalan memahami Literasi kewangan produk pelaburan ini boleh menyebabkan kerugian besar.

Cari Ilmu Sebelum Ambil Tindakan

Jadi, sebelum ambil apa-apa tindakan, buat semakan dan cari bahan bacaan yang boleh dipercayai. Jangan terburu-buru.

Untuk bahan bacaan yang percuma, anda boleh cari ilmu di Facebook dari pakar-pakar kewangan. Contohnya, penulisan Tuan Azizi Ali (anda boleh ikuti beliau di Laman Rasmi Azizi Ali, Tuan Shamsudin Kadir, Dr. Adam Zubir, Encik Zaidi Ismail dan ramai lagi.

Paling penting, cari mentor yang mengajar tentang aset sebenar dan nilai jangka panjang.

Nak yang berbayar, lagilah banyak. Paling murah, beli buku satu dekat online bookstore dan baca. Cari buku yang menerangkan secara mendalam tentang pelaburan emas atau hartanah.

Paling senang, sambil membeli-belah, anda boleh mula bina aset dengan shopping emas di PGMall! Cara nak beli dan dapatkan bimbingan, boleh mesej saya. Saya juga menyediakan ebook percuma untuk panduan asas simpanan emas.

Emas Sebagai Aset Utama

Sebagai contoh produk pelaburan yang fokus pada aset sebenar, emas adalah pilihan yang bagus. Emas adalah pelaburan jangka panjang yang terbukti kalis inflasi.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang perancangan kewangan berpandukan emas dalam post saya sebelum ini, Emas Sebagai Dana Pendidikan Anak.

Mudah kan? Saya sendiri pun tengah duk belajar lagi, nak bagi diri ni betul-betul faham bab kewangan. Literasi kewangan produk pelaburan adalah perjalanan yang tidak pernah berakhir. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Semoga bermanfaat!

Irfan Sa’id,
Mengutip permata-permata ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *