MIGA-i & Akaun Emas GAP

MIGA-i & Akaun Emas GAP Public Gold

“Apa dia beza antara MIGA-i & Akaun emas GAP di Public Gold?” Baik, ini adalah salah satu soalan yang saya terima dari klien emas saya. Jom saya kongsikan.

Apa itu MIGA-i?

Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) adalah sebuah akaun pelaburan emas yang disediakan oleh Maybank Islamic Berhad untuk memudahkan pelanggannya membeli & menjual emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican (kiri) dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan semasa pelancaran Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) - Foto Maybank Islamic
MIGA-i yang dilancarkan pada tahun 2021

Pelanggan boleh memiliki emas fizikal dengan ketulenan 999.9 peratus seperti yang diakreditasikan oleh London Bullion Market Association daripada serendah RM10.

Okay, saya dah terangkan serba sedikit tentang MIGA-i. Dan untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca Product Disclosure Sheet di website Maybank.

Akaun GAP Public Gold

Gold Accumulation Program (GAP) pula adalah akaun emas pertama yang diwujudkan oleh syarikat penjual emas di Malaysia, iaitu Public Gold.

Untuk membaca lebih lanjut tentang akaun GAP, anda boleh baca di sini.

Akaun emas GAP Public Gold
Akaun Emas GAP Public Gold

Namun, apa dia perbezaan ketara antara MIGA-i dengan akaun emas GAP Public Gold?

Perbezaan Ketara

1. Minimum Pembelian

Di MIGA-i, minimum pembelian emas adalah RM10 dan di akaun GAP adalah RM100.

2. Caj Pengeluaran Emas

Caj pengeluaran emas fizikal pun mainkan peranan yang sangat penting. Sebabnya makin mahal caj, makin rugilah kita.

Caj pengeluaran emas fizikal di Maybank
Caj pengeluaran emas fizikal di Maybank
MIGA-i & Akaun Emas GAP Public Gold. Caj pengeluaran emas fizikal di Public Gold
Caj pengeluaran emas fizikal di Public Gold

3. Caj Transaksi

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, caj RM5 dikenakan untuk setiap transaksi beli, jual & pindahan emas jika dilakukan di cawangan Maybank. Namun, jika menggunakan Maybank2u, tiada caj.

Manakala di Public Gold, tiada sebarang caj dikenakan untuk segala jenis transaksi. Tak kira offline atau online.

4. Buyback Emas

Untuk buyback emas tidak dinyatakan secara spesifik di MIGA-i. Jika menurut data harga di website Maybank, spread nya adalah sekitar 4%.

Di Public Gold, nilai spread berbeza mengikut berat emas. Makin berat emas, makin rendah nilai spread. Jika nak jual online dalam akaun GAP, nilai spread fixed 8%.

MIGA-i & Akaun Emas GAP Public Gold. Spread emas di Public Gold
Spread emas di Public Gold

5. Lain-Lain Caj

Caj pengeluaran emas fizikal di Maybank
Lain-lain caj merujuk kepada yuran ejen

Maybank mengenakan caj ejen sebanyak 0.5% bagi kos pengurusan akaun MIGA-i.

Public Gold pula tidak mengenakan sebarang kos ejen ke atas penyimpan emas.

Kesimpulan

Dalam memilih pelaburan emas, kita harus menilai setiap aspek dengan teliti dan tidak hanya fokus pada satu atau dua kriteria sahaja sebelum membuat keputusan mengenai jenama yang sesuai.

Memiliki checklist yang terperinci dalam memilih jenama emas untuk pelaburan akan membantu kita meningkatkan kekayaan emas tanpa rasa penyesalan.

Oleh itu, mulakan simpanan emas dengan kefahaman yang mendalam agar kekayaan kita dapat berkembang dan terus berkembang.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *