Naik Turun Harga Emas

Harga emas ada naik, ada turun juga. Bukan setiap tahun, ianya naik saja. Kalau ada pelaburan sebegitu, saya pun nak melabur juga.

Inilah realiti yang kita kena tahu bila nak mula simpan emas. Jangan sesekali terlepas. Tetapi antara banyak-banyak pelaburan, pelaburan emas antara yang paling stabil.

Nilainya terus meningkat dan meningkat. Setiap 7 tahun, kenaikannya hampir 100%. Buktinya anda lihat sendiri kenaikan harga 1 Dinar ini!

Kenaikan nilai 1 Dinar!

Oh ya, emas pun kita tak perlu modal yang besar untuk beli. Bukan seperti nak beli rumah, sekurang-kurangnya deposit 10% perlu ada dalam tangan. Ditambah lagi dengan yuran guaman, duti setem dan sebagainya.

Itulah sebab saya kata beli dan simpan emas ini mudah. Anda boleh beli serendah RM 100 dan simpan diam-diam. Ia tetap akan meningkat seperti harga rumah juga.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Beli emas, tukar jadi rumah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.