“Apa tujuan aku menyimpan emas?”

Sebelum anda buat keputusan nak simpan emas, anda perlu tanya 4 perkara ini dahulu kepada diri sendiri.

1. Apa tujuan aku simpan emas?
Nak buat pergi haji dan umrah, nak belikan mak ayah rumah sebuah, nak simpan untuk anak-anak dan nak buat hantaran kahwin.

2. Berapa lama aku nak simpan emas?
Tetapkan target. Contohnya umur kita 21 tahun, umur 26 tahun nanti dah ada simpanan emas untuk bayar 10% deposit harga rumah pertama.

3. Sesuai dengan bajet kewangan aku atau tak?
Kalau aku sebagai seorang mahasiswa, modal untuk menyimpan emas yang paling rendah adalah RM 100.

4. Kalau berlaku kecemasan, aku ada simpanan lain tak?
Sekurang-kurangnya kita dah peruntukkan dari pendapatan kita 10% untuk simpanan kecemasan.

Jikalau 4 soalan ini anda mampu jawab dengan baik, maka usah ragu-ragu. Bertindak segera! Kefahaman akan datang kemudian.

Tetapi jika anda masih pening-pening lalat, jawapan pun tak meyakinkan, saya sarankan anda tangguh dahulu hasrat nak mula menyimpan emas atau melabur apa jenis pelaburan sekalipun.

Buku tentang tips kewangan dan emas yang amat santai.

Insya-Allah satu hari nanti, akan ada peluang lain untuk anda. Sehingga tiba masa itu nanti, baca buku, hadiri seminar kewangan dan berguru. Barulah anda akan yakin dengan pelan kewangan anda sendiri untuk masa-masa akan datang.

Irfan Sa’id,
Follow rapat-rapat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.