Bila nak beli sesuatu barang yang baru, ada beberapa perkara yang perlu kita fikirkan. Contohnya, nak beli telefon baru. Kita kena tengok dari segi kemampuan dan keperluan.
Dua aspek ini perlu diutamakan.
1. Kemampuan
Dengan duit simpanan/gaji/pendapatan bulanan, telefon mana yang sesuai dengan bajet kita. Adakah yang flagship, mid range atau entry level?
Flagship = Premium
Mid range = Sederhana
Entry level = Beginner
Dan sebaiknya elakkan berhutang bila nak beli telefon bimbit baru. Kita sangat-sangat tak digalakkan untuk membelinya dengan cara berhutang/ansuran bulanan.
2. Keperluan
– berapa lama tempoh telefon yang sedang dipakai?
– boleh run macam biasa atau dah lag sampai terganggu kerja?
– atau saja nak ikut trend semasa, beli telefon penuh gaya?
Jika kita seorang yang sangat pentingkan tentang bab kewangan, pasti kedua-dua aspek ini kita akan nilai terlebih dahulu.
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Nak tahan dari shopping tu memang payah. Namun percayalah, akhirnya nanti kita sendiri akan gembira.