Nasihat Berguna Tentang Emas

Saya kongsikan beberapa nasihat dari guru saya tentang simpanan emas.

1. Langkah Pertama Pelaburan & Simpanan Emas

Kita tak akan faham tinggi atau rendah harga emas selagi belum bermula. Selepas mula, baru kita faham sikit-sikit sebab sudah ada benchmark/tanda aras tersendiri.

Contohnya, saya sendiri mula simpan emas pada harga RM267 segram pada tahun 2020.

Saya beli 1 Dinar Full Payment pada tahun 2020 (Harga emas = RM1,136 + caj premium RM10)

Harga pada hari ini pula, 23/1/2023 adalah RM287 segram – itulah benchmark harga untuk diri saya sendiri. Dan di situ baru saya dapat nilai harga emas mahal atau murah.

Kalau tanya, “Irfan, harga sekarang, mahal atau murah?”
Sudah tentu saya jawab, ya. Sebab saya mula dari RM267 segram.

Harga emas Public Gold (23/1/23)

Nilai Dinar saya dah meningkat sebanyak RM80 dalam masa 2 tahun. Ini baru kira untung kenaikan harga emas. Belum dikira untung selamatnya duit saya dari terbelanja. Betul tak?

Agak-agak kalau duit RM1,137 itu saya hanya biarkan di dalam akaun bank dua tahun lepas, sekarang ada lagi tak duit tu pada saya? Rasanya dah habis buat belanja kot!

2. Langkah Kedua – Mula dengan yang terkecil jika belum kenal Public Gold

Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan buku, website atau Facebook guru-guru emas.

Kemudian terus bermula dengan bajet kecil. Kalau orang nak simpan emas, biasanya saya akan tanya beberapa soalan jika mereka masih zero ilmu tentang emas dan tiada pengalaman.

a. Apa Tujuan Simpan Emas?
 – Dana kecemasan, dana pencen, dana pendidikan anak-anak, dana perkahwinan, dana tunaikan umrah/haji dan banyak lagi.

b. Berapa Bajet?
– Tetapkan sama ada bajet belian 1g sebulan atau nak beli 50 gram bayaran penuh.

Dan kemudian, baru saya akan tunjukkan strategi simpanan emas yang sesuai dengan dia.

Contohnya, setiap bulan nak kumpul 2-3 gram emas di akaun emas GAP. Apabila cukup 50 gram, baru buat pengeluaran emas fizikal dari cawangan terdekat.

Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama dan proses pembelajaran, bukan untuk jana keuntungan lagi.

Cerita untung adalah untuk mereka yang beli jongkong 100 gram emas dan ke atas.

Kita yang baru nak kumpul 1 gram sebulan ni, kategori baru nak belajar erti menyimpan.

Apabila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas di hadapan untuk terus maju, insya-Allah.

Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu adjust halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Semoga bermanfaaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *