Pelaburan Emas Jangka Panjang: Elak 3 Kesilapan Utama!

Pelaburan Emas Jangka Panjang – Ramai orang membeli emas kerana terinspirasi dengan potensi kenaikan harga, atau sekadar ikut trend.

Namun, sebahagian besar akhirnya kecewa kerana simpanan tidak berkembang seperti yang mereka bayangkan.bHakikatnya, masalah itu bukan pada emas. Masalah itu biasanya datang daripada cara kita melabur.

Untuk lebih jelas, kita rujuk falsafah dan nasihat daripada pakar kewangan terkenal, Azizi Ali. Beliau sering mengingatkan bahawa kejayaan dalam emas tidak datang daripada meneka harga atau membeli banyak sekaligus.

Sebaliknya, ia datang daripada ilmu, disiplin, dan konsistensi dalam mengamalkan pelaburan emas jangka panjang.

Di bawah ini ialah tiga kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh pelabur di Malaysia. Elakkan tiga perkara ini, dan anda sudah jauh lebih ke hadapan berbanding majoriti pelabur lain.

1. Salah Pilih Produk

Ramai orang mula melabur emas tetapi tersalah beli produk. Ini punca utama kenapa keuntungan lambat atau langsung tidak nampak.

Dalam pelaburan emas, perkara paling penting ialah memahami konsep perbezaan harga jual dan harga beli semula, atau lebih mudah dipanggil spread.

Lagi rendah spread, lagi cepat modal anda kembali dan lagi cepat anda nampak untung. Produk terbaik untuk pelaburan ialah:

  • Jongkong emas (gold bar) – ketulenan tinggi, spread rendah, sangat sesuai sebagai aset simpanan.

  • Syiling emas (dinar) – mudah dicairkan, dan juga mempunyai spread rendah.

Barang kemas pula sangat jarang sesuai sebagai pelaburan kerana:

  • Kos upah tinggi

  • Banyak potongan bila dijual semula

  • Ketulenan lebih rendah berbanding gold bar dan dinar

Barang kemas hanya sesuai dipakai, bukan untuk pelaburan jangka panjang. Jika anda beli barang kemas dan berharap ia memberikan keuntungan, anda mungkin perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk kembali modal.

Pelaburan Emas Jangka Panjang
Barang kemas kurang sesuai untuk emas pelaburan

2. Melabur Tidak Konsisten

Emas bukan skim cepat kaya. Ia memerlukan masa dan kesabaran. Siapa yang konsisten, dialah yang menang.

Tuan Azizi Ali sendiri menyimpan emas sejak 2008 dan masih konsisten sehingga hari ini. Inilah bukti sebenar yang fungsi emas adalah untuk jangka panjang.

Ramai orang baru pula membuat kesilapan ini:

  • Beli sekali, kemudian berhenti

  • Tunggu harga turun “paling rendah” (yang tidak siapa pun tahu bila)

  • Tidak ada tabiat menabung secara tetap

Cara terbaik ialah menggunakan teknik menabung secara berkala, tanpa peduli harga semasa. Ini dipanggil strategi purata kos.

Bila harga tinggi, anda dapat sedikit. Bila harga rendah, anda dapat lebih banyak. Lama-kelamaan, kos purata anda menjadi lebih rendah.

Public Gold ada sediakan cara paling mudah:

Dengan konsistensi, emas anda akan terkumpul sedikit demi sedikit, dan inilah asas kekayaan sebenar.

Beza GAP dengan EPP
Beza GAP dengan EPP

3. Salah Faham Konsep, Emas Bukan Pelaburan Untung Cepat

Ramai kecewa kerana menganggap emas boleh memberi keuntungan dalam beberapa bulan. Ini silap besar.

Emas ialah penyimpan nilai yang melindungi harta kita daripada inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Nilainya bergerak dalam jangka panjang, bukan jangka pendek.

Secara umum:

  • Emas sesuai dipegang sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun

  • Ia melindungi kuasa beli anda walaupun ringgit semakin lemah

  • Harga emas bergerak mengikut keadaan ekonomi dunia

Jangan jual emas hanya kerana anda lihat harga naik sedikit. Tetapkan matlamat. Jual apabila tujuan sebenar tercapai seperti kecemasan, pendidikan, deposit rumah atau untuk besar-besarkan pelaburan lain.

Ini asas penting dalam konsep pelaburan emas.

Bonus: Kesilapan Paling Bahaya – Takut Untuk Bermula

Ramai yang sudah faham semuanya tetapi masih tidak mula menyimpan emas. Ketakutan menghalang mereka. Sedangkan ancaman paling bahaya bukanlah kerugian, tetapi inflasi yang perlahan-lahan menghakis nilai wang kita.

Emas ialah cara paling mudah untuk melindungi nilai tersebut. Lagi awal anda mula, lagi besar manfaat jangka panjang yang anda dapat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam emas bukan terletak pada beli banyak sahaja, tetapi pada beli dengan betul dan konsisten.

Dengan memilih produk yang betul, mengikuti strategi purata kos dan memahami konsep pelaburan emas jangka panjang, anda bukan hanya mengelak kerugian, malah membina satu simpanan yang stabil untuk masa depan.

Emas ialah aset yang memerlukan masa. Tetapi bila anda mula, dan terus konsisten, hasilnya sangat berbaloi.

Semoga panduan ini membantu anda bermula dengan langkah yang betul.

Irfan Sa’id,
Hubungi saya untuk mulakan simpanan anda hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *