Pesan-Pesan Sabar

Pesan-Pesan Sabar karya Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang ini tersangatlah menarik. Entah kenapa kali ini, saya dapat juga menghabiskan keseluruhan isi buku ini. Pada awalnya, saya hanya terjumpa di Facebook waktu saya tengah syok scroll.

Tiba-tiba, muncul iklan tentang buku-buku tulisan Tuan Guru dan antara banyak-banyak buku tersebut, saya tertarik pada buku berwarna ungu ini. Terasa aura dia lain macam. Tapi biasalah, seorang Irfan kan, setakat tertarik gitu je dulu. Lepas itu, sambung scroll balik.

Hehe nak dijadikan cerita, waktu tengah ikut live Tuan Khairul Hakimin Muhammad, beliau sedang berkongsi tentang buku yang sesuai untuk dibaca buat yang ingin mula membaca.

Alhamdulillah, takdir Allah dan dengan izin-Nya, Tuan Khairul Hakimin Muhammad menunjukkan buku ini dan sangat mengsyorkan followers beliau untuk membaca buku yang serba ajaib ini.

Bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal, malam itu jugak saya teruskan niat untuk membeli kombo buku Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang. Tak tunggu-tunggu dah.

Apabila sampai sahaja buku ini, datang pulak tawaran untuk mendapatkan tiket percuma bagi mahasiswa yang berminat nak mendengar syarah hadith dari buku Pesan-Pesan Sabar oleh Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang.

Memang sudah rancangan Allah, siapalah kita untuk melawannya. Alhamdulillah banyak input yang saya dapat hasil dari pembacaan buku ini.

Banyak lagi sirah yang dapat saya belajar dan kesemuanya saya merasakan sangat-sangatlah menyentuh hati di samping ilmu-ilmu baharu yang saya dapat.

Setiap dari kisah yang diceritakan dan ayat Al-Quran serta hadith Nabi Muhammad SAW yang dimasukkan ke dalam buku ini ada pengajaran yang kita sendiri boleh kaitkan dengan kehidupan pada hari ini.

Segala intisari hadith diterangkan dengan penuh teliti sambil mengekalkan bentuk penceritaan yang sungguh mudah untuk difahami oleh kebanyakan orang.

Sedangkan pada tajuknya sendiri berkaitan dengan sabar, memang saya yakin perasaan inilah yang diperlukan untuk menghadapi sesuatu situasi. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke masalah yang kita rasakan sebesar gunung.

Insya-Allah buku ini akan sentiasa saya jadikan rujukan di masa hadapan dan saya yakin proses pembelajaran itu bukanlah hanya pada pembacaan kali pertama.

Apabila ia diulang dan dihayati segala isi kandungannya, mesti saya akan jumpa banyak lagi hikmah yang terkandung di dalam buku ini.

Irfan Sa’id,
Sabar itu indah.

4Norazchubby Noraz, Shafiq Azizan and 2 others

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *