Ramalan harga emas Robert Kiyosaki ternyata betul pada 2025. Emas melonjak naik 25% sejak awal tahun, sementara saham dan dolar AS jatuh merudum.
Hanya dalam bulan April saja, harga emas naik 15%, sampai mencatatkan paras tertinggi sepanjang zaman. Semua ini berlaku sebab permintaan kuat dari bank pusat dan pelabur biasa macam kita.
Tapi tahu tak siapa yang dah lama jangka benda ni? Robert Kiyosaki, penulis buku “Rich Dad, Poor Dad” yang terkenal tu. Kiyosaki dah lama galakkan orang beli emas dan perak. Tahun ini, ramalannya betul-betul menjadi kenyataan, dan sekarang dia ada ramalan baru yang lebih mengejutkan.

Kenapa Harga Emas dan Perak Naik?
Kita sekarang berada dalam situasi ekonomi yang pelik. Situasi inflasi, pengangguran meningkat, dan perang dagangan makin teruk. Walaupun inflasi turun dari puncak 8% pada 2022 ke 2.4% pada Mac 2025, ia masih lebih tinggi daripada sasaran 2% oleh Federal Reserve.
Tambah parah, kerajaan AS baru kenakan tarif import baru yang tinggi gila. Bayangkan, barangan dari Mexico, Kanada, dan China semua dikenakan cukai tambahan. Ada yang sampai 145%! Ini akan buat harga barang harian seperti pakaian dan elektronik naik mendadak.
Sentimen pengguna pun jatuh teruk. Kajian dari University of Michigan tunjukkan keyakinan pengguna jatuh 8% pada April, dan ramai rakyat Amerika jangka inflasi tahun depan naik ke 6.5%, paras tertinggi sejak 1981.
Kesan Ekonomi Terhadap Peluang Pelaburan
Pengangguran pula naik ke 4.2% berbanding 3.4% tahun lepas. Banyak syarikat besar buat pembuangan kerja besar-besaran, dan peluang kerja kosong pun berkurang hampir 900,000 berbanding tahun lalu.
Federal Reserve tersepit – nak turunkan kadar faedah, inflasi makin teruk. Nak naikkan kadar faedah, pengangguran makin teruk. Kitaran ini membuatkan ramai pelabur lari daripada saham dan bon, mencari perlindungan dalam emas dan perak.
Malah, permintaan untuk dolar AS dan bon Perbendaharaan juga jatuh sebab perang perdagangan global. Ini sebab kenapa emas dan perak semakin mendapat tempat di hati pelabur.
Apa Kata Robert Kiyosaki?

“Pada 2025, hutang kad kredit dan hutang negara berada di tahap tertinggi. Pengangguran naik. Merosot sebanyak 401k. Pencen dicuri. USA mungkin menuju ke Greater Depression. Tetapi, siapa yang bertindak hari ini, mungkin jadi sangat kaya.”
Menurut Kiyosaki, keadaan ekonomi AS sedang menuju ke arah satu “Greater Depression” yang lebih teruk daripada yang pernah berlaku sebelum ini. Dia menulis di X (dulu Twitter).
Kiyosaki menekankan bahawa sekarang belum terlambat untuk bertindak. Dia mengesyorkan supaya orang ramai melabur dalam satu Bitcoin, atau beli sedikit emas dan perak untuk melindungi diri daripada krisis yang bakal datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara melabur dalam emas bersama Public Gold, baca di sini.
Ramalan Mengejutkan untuk Harga Emas dan Perak
Menurut ramalan harga emas Robert Kiyosaki, kita mungkin melihat harga emas mencecah RM 4,340 segram pada tahun 2035. Manakala, harga perak dijangka mencapai sekitar RM 434 per gram menjelang 2035.

Malah, dia sendiri mengaku sedang membeli lebih banyak syiling Silver Eagle sekarang kerana harga perak masih 50% di bawah paras tertinggi sepanjang zaman. Dia percaya harga perak boleh berganda ke $70 tahun ini juga!

Perlukah Anda Bertindak Sekarang?
Kalau ikut kata Kiyosaki, bertindak cepat boleh buat anda selamat dari krisis kewangan dan mungkin jadi lebih kaya dari sekarang. Tapi seperti semua pelaburan, penting untuk buat kajian sendiri dan tidak melabur lebih daripada yang anda mampu rugi.
Tapi satu perkara pasti, emas dan perak kembali menjadi pilihan utama dalam suasana ekonomi tidak menentu ini. Jika anda mahu melindungi nilai kekayaan anda, mungkin inilah masa yang sesuai untuk mula kenal logam berharga ini.
Join Channel Telegram saya untuk dapatkan Update Harga Emas Terkini
Irfan Sa’id,
Founder Master Dealer Public Gold.