Ringgit Jatuh? Penjelasan dari BNM

BNM Nafi Ringgit Jatuh

Ringgit jatuh? Biar betul? Mari kita bincangkan tentang desas-desus baru-baru ini mengenai matawang negara kita, Ringgit Malaysia (RM).

Ya, baru-baru ini terkejut satu Malaysia bila tetiba Pakcik Google menunjukkan yang nilai duit kita jatuh mendadak. 1 USD = RM 6.24. Terbeliak biji mata!

1 USD = RM 6.24. Terbeliak biji mata!
1 USD = RM 6.24. Terbeliak biji mata!

Tetapi jangan bimbang, kerana Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun membuat pengumuman rasmi di sini untuk memberitahu fakta yang jelas.

BNM Keluarkan Kenyataan Rasmi

Pada hari yang sama juga, terus Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan rasmi dan menidakka sekeras-kerasnya berita tersebut.

Pengumuman rasmi yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia
Pengumuman rasmi yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia

Bank Negara juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan untuk data pertukaran ringgit.

Ringgit Jatuh atau Khabar Angin?

Untuk makluma anda, berita tentang Ringgit Malaysia jatuh hingga 6.24 itu disebabkan ‘sytem glitch’ oleh pihak Google.

Namun, yang perlu kita ambil perhatian sekarang adalah bagaimana jika situasi ini benar-benar berlaku?

Kerana berita seumpama ini akan datang secara mengejut! Tanpa kita sedar.

Seorang penganalisis ekonomi, Nazri Hamdan berkongsi di laman Twitter (X) bahawa berlakunya massive sell ringgit pada waktu itu.

Sehingga BNM terpaksa campur tangan untuk menangani isu tersebut. Dan memastikan Ringgit Malaysia tidak jatuh ke paras yang lebih teruk.

Apa Perlu Kita Lakukan?

Baik, semua orang memang dah tahu apa kesannya kalau situasi di atas benar-benar terjadi. Kejatuhan Ringgit yang melampau akan memberi kesan buruk.

Isu kos sara hidup, isu paling sengsara
Isu kos sara hidup, isu paling sengsara

Terutamanya kepada kos sara hidup masyarakat. Bila matawang kita jatuh, kos barangan & perkhidmatan akan meningkat dengan mendadak.

Jadi, untuk mengambil langkah berjaga-jaga, kita mesti lakukan sesuatu.

Simpan Emas Untuk Masa Depan

Itulah sebab kenapa Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangnya 10% – 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.

Emas sebagai perisai kewangan!
Simpanan emas, benteng kewangan yang paling ampuh

Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.

Dan berita buruknya, kalau kegawatan benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!

Irfan Sa’id,
Kita mesti berwaspada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *