Beli Emas 1 Gram Untung Tak? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Beli Emas 1 Gram Untung Tak

Beli emas 1 gram dalam bentuk kad sering menjadi persoalan bagi penyimpan baru. Ramai yang bertanya, “Kalau saya beli emas 1g dalam kad itu okay tak?” Jawapannya, sudah tentu okay!

Namun, sebelum anda mula, ada beberapa fakta penting yang perlu anda fahami supaya simpanan anda benar-benar memberi manfaat.

Seni Mengumpul vs Strategi Simpanan

Ramai orang memilih untuk beli emas 1 gram kerana reka bentuknya (design) yang cantik dan pelbagai. Namun, anda perlu tahu bahawa emas 1g dengan design edisi terhad selalunya mempunyai harga per gram yang lebih mahal berbanding emas berat lain.

Golongan yang sering membeli emas jenis ini biasanya digelar sebagai Collector. Bagi mereka, aktiviti ini sama seperti hobi mengumpul Hot Wheels atau barangan antik.

Mereka mempunyai lebihan tunai yang banyak dan memburu limited edition atau nombor siri yang cantik. Matlamat mereka bukanlah untuk menjual balik dalam masa terdekat, tetapi untuk dijadikan koleksi peribadi yang eksklusif.

Kelebihan Beli Emas 1 Gram Public Gold

Salah satu kerisauan penyimpan emas adalah mengenai susut nilai. Biasanya, bila nak digadai, emas 1g perlu dikopek keluar dari plastik seal dan ini menyebabkan susut nilainya menjadi lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, jika anda beli emas 1 gram keluaran Public Gold, anda mempunyai kelebihan besar. Melalui kerjasama dengan institusi seperti Ar-Rahnu POS, emas anda akan diterima terus tanpa perlu dibuka seal plastiknya.

Ini adalah kelebihan khusus bagi peminat emas Public Gold yang ingin mengekalkan nilai estetika dan harga emas mereka.

Kesimpulan: Adakah Ia Berbaloi?

Jika niat anda adalah untuk memulakan tabiat menyimpan secara kecil-kecilan, beli emas 1 gram adalah langkah permulaan yang sangat bijak. Anda boleh baca lebih lanjut tentang Cara Konsisten Menabung Dalam Akaun GAP untuk mengukuhkan strategi kewangan anda.

Cuma ingat, jika bajet anda lebih besar, membeli gram yang lebih berat mungkin lebih menguntungkan dari segi harga per gram. Jadi, sekarang anda dah nampak kelebihan dan kekurangan emas 1g ini?

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Klik link https://t.me/AbangHikers dan join bersama lebih 700 subscribers lain untuk lebih banyak ilmu emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *