Teragak-agak Nak Mula Simpan Emas?

Nak mula simpan emas namun kalau diri anda masih teragak-agak, saya tak sarankan. Sebab apa?

Sebab bila kita teragak-agak, maksudnya kita belum cukup faham tentang matlamat simpanan emas yang nak dibuat. Saya sendiri ambil masa dalam 3-4 hari kaji sendiri tentang Public Gold.

Duk search dekat Google:
– Public Gold PENIPU
– Public Gold PATUH SYARIAH
– Public Gold SCAMMER

Dan apa yang saya jumpa memang mengejutkan! Semuanya hanya feedback positive yang diberi. Dari Google lompat ke Facebook, jengah ke blog-blog yang ada cerita tentang Public Gold, senua saya buat.

100% effort sendiri untuk kaji.

Dan akhirnya rezeki saya ternampak status kawan sekolah lama yang dia dah mula simpan emas dengan Public Gold. Terus saya PM dan dia kenalkan saya dengan akaknya, Kak A’qilah. Introducer saya sendiri.

Tak banyak tanya, hanya confirmkan betul tak Public Gold ni patuh syariah dan terus saya mula simpan hari itu juga bila dapat jawapan yang meyakinkan! Inilah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup saya.

Sungguh, dalam apa apa tindakan pun kita mesti mulai dengan ilmu. Jika diri sendiri pun blur, tak ada matlamat simpanan, tak ada target yang nak dicapai, sebaiknya jangan simpan emas.

Belajar dan kaji sendiri dulu. Bila dah dapat jawapan yang anda cari, minta restu mak ayah dan terus mula! Saya yakin ianya akan jadi pengalaman yang paling mahal dalam hidup kalian insya-Allah. Saya sendiri dah merasainya!

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published.