Pengalaman Pegang 100KG Emas di HQ Public Gold

Simpan emas memang best

Pengalaman Pegang 100 Kilogram Emas! – Baru-baru ini, saya berpeluang melihat sendiri stok simpanan emas Public Gold yang sangat luar biasa!

Saya baru sahaja selesai menghadiri Open Day untuk semua Team PGALLSTARS di bawah bimbingan mentor saya, Tuan Hafizul Hakim. Program ini berlangsung di HQ Public Gold yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

Apa yang membuatkan saya tergamam ialah apabila diberi peluang memegang stok emas fizikal dengan mata kepala sendiri. Bukan sikit-sikit ya, saya dapat memegang 100 keping gold bar seberat 1 Kilogram setiap satu.

Bayangkan, jumlah keseluruhannya adalah RM30 JUTA! Ini adalah satu pengalaman yang semestinya saya akan ingat sampai bila-bila.

Suasana Luar Biasa Bersama Team PGALLSTARS

Jujurnya, awal-awal lagi saya berdebar gila nak datang ke program ini. Saya risau tak tahu nak cakap apa bila berhadapan dengan dealer-dealer hebat. Namun, sangkaan saya meleset sama sekali.

Walaupun kebanyakan daripada kami baru pertama kali bertemu, kemeriahan dan kemesraan yang dirasai seperti sudah kenal bertahun-tahun.

Inilah kelebihan berada dalam komuniti yang positif. Selain melihat simpanan emas Public Gold yang melimpah-ruah, saya juga dapat “korek” ilmu daripada mereka yang sudah berjaya.

Galeri Stok Simpanan Emas Public Gold ada di sini.

Pengalaman Tengok Emas 100 Kilogram
Pengalaman Tengok Emas 100 Kilogram

Ilmu Bisnes Emas Step-by-Step

Apa yang paling saya kagum, dealer yang sudah senior dan berpengalaman sangat pemurah dengan ilmu. Mereka tidak kedekut langsung dan menerangkan strategi bina bisnes emas secara step-by-step.

Walaupun kami semua sedang membina empayar masing-masing, semangat saling membantu itu sangat kuat. Mereka terus meniupkan semangat dalam diri kami untuk ikut jejak langkah mereka berjaya dalam pelaburan dan perniagaan emas.

Penutup Yang Manis di Pulau Pinang

Sebagai penutup program yang penuh ilmu ini, pihak Public Gold telah belanja semua dealer berbuka puasa secara buffet di Bahtera Impian, Sg Ara. Memang kenyang dan puas hati!

Saya bersyukur sangat-sangat Allah lorongkan hati saya untuk menyertai Team PGALLSTARS. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mulakan simpanan emas pertama anda, jangan segan-segan untuk bertanya.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri kredibiliti syarikat ini, jemputlah melawat Laman Web Rasmi Public Gold untuk maklumat korporat mereka.

Irfan Sa’id,
Pertama kali pegang 100 kilogram emas!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *