Orang Kaya Pun Berhutang, Kenapa Aku Tak Boleh?

“ORANG KAYA PUN BERHUTANG, KENAPA AKU TAK BOLEH?”

Ya, memang orang kaya pun berhutang. Tapi… Haa ada tapinya.

Kalau kita perhati balik, orang-orang kaya; kaya harta dan kaya ilmu ini berhutang untuk perkara-perkara yang lebih besar dan lebih baik.

Contohnya, buat hutang rumah atau pinjaman untuk beli tanah. Kedua-dua aset ini mampu mendatangkan pulangan yang berbaloi di masa depan jika diurus dengan betul.

Tak perlu berhutang semata-mata untuk beli barangan mewah atau kelengkapan rumah yang ternyata di luar kemampuan sendiri.

Ramai orang terutamanya golongan muda yang terbeban dengan banyaknya hutang jahat yang mereka buat. Sampai sanggup habiskan duit simpanan untuk benda yang tak perlu.

Tepuk dada, tanya selera. Insya-Allah jika kita pandai menguruskan kewangan peribadi, peluang untuk kita berjaya pasti lebih cerah lagi.

Irfan Sa’id,
Beza orang kaya dengan orang yang berlagak kaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.