“Saya Pegang 100 kilogram Emas!”

Selesai Open Day untuk semua Team PGALLSTARS bawah bimbingan Tuan Hafizul Hakim di HQ Public Gold, Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang.

Kami dapat tengok dengan mata kepala sendiri semua stok simpanan emas Public Gold!

Saya siap dapat pegang stok 1 KILOGRAM EMAS x 100 keping. Total RM 30 JUTA! Pengalaman yang semestinya saya akan ingat sampai bila-bila.

Sangat-sangat seronok. Bukan itu je, suasana pun memang cukup berbeza. Awalnya, saya berdebar gila nak datang ke program ini. Risau tak tahu nak kata apa bila jumpa dengan dealer-dealer hebat ni.

Namun alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Yang paling saya kagum, walaupun kebanyakan antara kami baru pertama kali jumpa, namun kemeriahan dan kemesraaan itu dapat dirasai seperti dah kenal bertahun-tahun lamanya.

Saya pun bersyukur sangat-sangat dapat korek dan belajar banyak ilmu dari dealer-dealer hebat yang datang ke event ini. Dealer yang dah berjaya dan berpengalaman banyak berkongsi ilmu dengan kami.

Tak kedekut langsung, siap terang step-by-step! Padahal kami tengah sama-sama nak bina bisnes ni. Tak tahu nak kata macam mana, tapi inilah realitinya.

Orang yang dah berjaya terus bantu dan tiupkan semangat dalam diri kami untuk ikut jejak langkah mereka. Sebagai penutup, Public Gold belanja semua dealer berbuka puasa secara buffet di Bahtera Impian Sg Ara Pagar Buloh.

Saya bersyukur sangat-sangat berada dalam Team PGALLSTARS! Allah lorongkan hati saya untuk datang ke sini hari ini dan dapat bersama dengan orang-orang hebat dalam Public Gold.

Irfan Sa’id,
Pertama kali pegang 100 kilogram emas!

Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil!

Bersama guru saya, Tuan Hafizul Hakim.
Influencer terkenal dan mempunyai lebih 38,000 followers di Facebook.
Bersama Tuan Hilmi Ya’kub. Triple Star Founder Master Dealer Public Gold.
Bersama Kak Rina Fazila, TikTokers yang sangat famous dan pandai berbahasa Cina!
Dari kiri, saya, Abe Mie Ohsem, Tuan Fauzi, Mr. Harrison dan Tuan Nazri Mat Irani
Satu balang penuh dengan 1 Dinar
Berkilau-kilau! Agak-agak berapa nilainya?
Goldbar design BungaMas dan Tai Fook
1 Dinar + Swarovski Zirconia Casing Pendant. Ramai yang jatuh hati bila pertama kali lihat!
Goldbar Limited Edition Edisi 1 gram
Public Gold ada licensing dari Marvel dan Disney untuk keluarkan goldbar edisi 1 gram
Produk Aurora Italia, barang kemas yang dijual Public Gold
Diamond Aurora Italia
Haa pilih-pilih design yang berkenan di hati!
Jika anda mencari barang kemas 916, boleh terus search PG Jewel. Hehe cuma saya tak sempat ambil gambar
Pin Leadership Public Gold

Leave a Comment

Your email address will not be published.