SOP beli dan jual emas atau perak di Public Gold yang anda perlu tahu. Ramai yang masih lagi keliru, jadi dalam artikel ini saya akan terangkan satu per satu.
1- SOP Pembelian Emas Public Gold
Pembelian emas di Public Gold ada SOP yang telah disediakan. Jika anda masih belum faham, baca info yang saya terangkan di bawah ya. Jumlah pembelian emas di Public Gold termasuk:
Harga emas + Gold Premium + EPP Premium (hanya apply untuk EPP sahaja).
Gold Premium adalah kos upah. EPP Premium adalah kos simpanan emas sementara dalam simpanan Public Gold.
Kesemua caj ini dah dinyatakan secara telus. Rujuk gambar jadual di bawah.


EPP Premium

Kalau dah lock order EPP, pembayaran pertama mesti dibuat dalam masa dalam 3 hari. Untuk bayaran bulanan, paling lewat 7 hari. Jika lewat sehari dua tak apa.
Cuma pastikan tak skip payment atau, staff akan cancel order dan anda akan dikenakan 10% penalti dari jumlah harga order. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang EPP, rujuk penulisan saya di sini.
Anda boleh mulakan dengan emas 1 dinar atau 5 gram gold bar.

Belian Di Akaun GAP
Kalau belian dalam Akaun GAP pula, masih ada caj premium.
Cuma caj premium dibayar bila nak keluarkan emas fizikal dari Akaun GAP kita. fContoh nak keluarkan fizikal 1 gram, jadi kita bayar caj premium emas 1 gram = RM15.

Cara Dapatkan Emas Fizikal
Bila dah beli melaui Full Payment, EPP dan Akaun GAP, mesti kita nak tengok hasilnya kan? Kita nak pegang fizikal emas tu dekat dalam tangan. Jadi, macam mana caranya? Sangat mudah!
SOP PG sekarang, kita akan terus gunakan servis postage emas berinsurans yang Public Gold sediakan. Ada juga pilihan Combine GIT untuk jimatkan postage. Maksudnya, kita boleh gabungkan beberapa order dan hanya bayar postage sekali sahaja. Maksimum berat 21.25 gram.

Jika emas yang kita nak dapatkan tu ebih 21.25gm, baru book appointment untuk collect dekat cawangan. Contohnya, untuk emas 10 dinar atau 50 gram.
Sebabnya Public Gold tak pegang stok yang banyak dekat branch. Ini untuk mengelakkan risiko kecurian and rompakan. Customer base Public Gold pun dah besar, melebihi 2 juta orang. Jadi, nak mudahkan urusan, SOP ini diperkenalkan.
2- SOP Buyback Emas Public Gold

Seterusnya, saya nak kongsikan cara nak jual semula emas di Public Gold. Jika anda dah ada emas fizikal, boleh terus walkin ke branch yang terdekat. Spread ikut item emas kita.
Makin berat emas, makin rendah nilai spread. Untung la dekat kita.
Untuk proses jualan emas dari akaun GAP pula, ianya Fixed spread 8.5%. Kedua-dua cara jualan balik, duit akan masuk ke dalam account bank kita dalam tempoh 1-2 hari bekerja.
Ada juga pilihan untuk gadaikan emas secara online dari Akaun GAP. Kita akan gadai dengan Ar Rahnu Koperasi Dagang Emas, anak syarikat milik Public Gold.
Pun boleh juga untuk dapatkan cash bila-bila masa diperlukan. Urusan gadaian juga akan ambil masa 1-2 hari bekerja untuk duit masuk ke dalam akaun bank kita.
Jumlah pinjaman 70%. Tempoh gadaian 6 + 2 bulan. 1% caj upah simpan. Tiada rekod CCRIS atau CTOS.

Untuk pengetahuan anda juga, jika nak jual emas lama selain dari jenama Public Gold pun boleh. Public Gold masih terima.
Ini pengalaman saya bantu customer jual emas lama sebanyak RM9,000 di Menara Public Gold! Okay, apa-apa nak tanya, WhatsApp saya.
Irfan Sa’id,
Membimbing lebih 600 orang penyimpan emas.


