Spread Emas Public Gold

Spread adalah perbezaan antara harga beli dan harga jual semula emas. Haa dekat mana-mana tempat pun, kita akan dapati adanya perbezaan harga bila kita nak jual sesuatu barang.

Contoh paling mudah, bila nak jual balik kereta atau telefon kita.

Cuma kereta dan telefon tadi nilainya akan terus merosot dalam jangka masa panjang. Tetapi tidak untuk emas. Malah, harga emas akan terus meningkat dan meningkat.

Kenapa spread ini wujud?

Spread ini wujud untuk tujuan keuntungan sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan Public Gold. Spread ini untuk menampung seluruh kos operasi Public Gold.

Jadi, tugas kita adalah untuk cari syarikat mana yang tawarkan nilai spread terendah. Sebab kita nak memaksimumkan keuntungan kita sebagai penyimpan emas.

Nilai spread yang bagus adalah bawah 10% seperti saranan pakar kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali.

Berapa nilai spread emas Public Gold?

Nilai spread emas fizikal Public Gold bermula dari 6%-9%. Makin berat emas anda, makin kecil nilai spread. Lebih cepat untung yang kita dapat bila harga emas naik.

So, tanamkan impian untuk miliki emas yang besar-besar juga ya! Contohnya 100 gram dan ke atas.

Spread emas Public Gold

Apa beza jual emas Public Gold yang fizikal dengan jual emas secara online dalam akaun GAP?

Okay, jom saya terangkan!

1. Emas fizikal

Bila nak jual ke Public Gold, kita ikut harga PG Buy seperti di website Public Gold. Harga PG Buy ni telah siap-siap ditolak dengan nilai spread.

Untuk proses jualan balik emas, boleh terus walkin ke branch Public Gold yang terdekat untuk jual emas fizikal anda. Tak perlu book appointment.

Refer harga PG Buy di website atau apps Public Gold

2. Akaun GAP

Contoh hari ni harga GAP RM293/g. Tapi kalau nak jual, PG akan beli semula dengan harga RM269/g. spread dia lebih kurang 8.19%.

(RM293 – RM269)/RM293 = 8.19%

Jualan emas dalam akaun GAP boleh dibuat secara online melalui website atau apps Public Gold

Ianya fixed walaupun anda jual emas seberat 250g. Berbeza kalau kita pegang fizikal dan jual di branch. Nilai spread dah turun ke 6%.

So, kalau anda nak jual emas item yang besar-besar, sebaiknya anda withdraw dulu dan kemudian pergi jual di branch Public Gold yang terdekat.

Cara kiraan spread emas. Boleh apply di mana-mana situasi jika anda nak jual balik emas

Oh ya, sebab itulah pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali pun sarankan kita simpan jongkong dan dinar emas sebagai emas pelaburan. Spread nya sangat kecil berbanding barang kemas.

Spread barang kemas boleh cecah sampai 20%-40%! Belum kira kalau penjual di kedai-kedai emas tu ‘main’ harga lagi.

Semoga bermanfaat.

Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *