Strategi Cashflow Anak Sekolah & Universiti 2026

Cashflow sekolah dan unviersiti anak

Januari 2026 telah pun tiba. Bagi setiap ibu bapa di Malaysia, bulan ini bukan sekadar tentang azam baru, tetapi ia adalah bulan yang menuntut pengurusan kewangan yang sangat rapi.

Keperluan untuk menyediakan tunai (cash) bagi pendaftaran persekolahan anak-anak dan kemasukan ke Universiti (U) selalunya datang secara serentak.

Jika tidak dirancang, ia boleh menyebabkan aliran tunai keluarga menjadi lumpuh atau lebih parah, memaksa ibu bapa terjebak dengan pinjaman peribadi yang membebankan.

Bagaimanakah cara untuk kita survive musim ini tanpa perlu berhutang? Jawapannya terletak pada strategi pengurusan aset yang bijak dan pemilihan prioriti perbelanjaan.

1. Memaksimumkan Bantuan Kerajaan (BAP)

Bantuan awal persekolahan
Bantuan awal persekolahan

Kerajaan Malaysia meneruskan inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid.

Walaupun ada yang menganggap jumlah ini kecil berbanding harga barang yang semakin meningkat, ia sebenarnya sangat membantu jika diuruskan dengan betul.

Tips: Gunakan wang RM150 ini khusus untuk keperluan yang wajib sahaja seperti buku tulis, yuran koperasi, dan peralatan alat tulis. Jangan gunakan duit ini untuk membeli beg atau kasut sekolah jika yang lama masih elok.

Dengan mengasingkan duit BAP, anda telah menyelamatkan sebahagian daripada bajet dapur anda daripada terjejas.

2. Emas: Penyelamat Aliran Tunai Segera

Salah satu kesilapan besar ramai orang adalah menyimpan semua wang dalam bentuk simpanan tetap atau akaun bank biasa yang mudah bocor.

Namun, bagi yang mempunyai simpanan emas, dana pendidikan ana-anak anda sudah pun terjamin. Kerana emas ini mudah dicairkan.

Apabila anda memerlukan cash segera untuk membayar yuran sekolah atau deposit universiti anak yang mencecah ribuan ringgit, anda mempunyai dua pilihan utama:

  • Jual Balik (Buyback): Jika anda mempunyai simpanan emas lama sebelum ini, anda boleh menjualnya semula kepada Public Gold. Public Gold beli dengan harga tertinggi. Baca di sini.

  • Pajakan Ar-Rahnu: Jika anda tidak mahu kehilangan aset emas tersebut kerana menjangkakan harganya akan naik lagi di masa hadapan, anda boleh memajakkannya di Ar-Rahnu.

Anda akan mendapat tunai segera (margin pinjaman biasanya 65% ke 80% daripada nilai emas) untuk digunakan bagi yuran anak, manakala emas tersebut tetap menjadi hak milik anda sebaik sahaja tebusan dibuat kelak.

Mempunyai simpanan emas bermaksud anda mempunyai tabung kecemasan yang kalis inflasi dan mudah dicairkan pada bila-bila masa.

Cashflow Sekolah Anak dan Yuran Universiti
Jual emas lama untuk tampung keperluan sekolah anak

3. Strategi Pembelian Secara Berfasa

Ramai ibu bapa merasa tertekan kerana cuba membeli semua kelengkapan sekolah dan universiti dalam satu masa. Ini adalah resipi untuk kegagalan aliran tunai. Sebaiknya, pecahkan perbelanjaan kepada tiga fasa utama:

  • Fasa 1 (Kritikal): Bayar yuran pendaftaran sekolah atau deposit universiti. Ini adalah perkara paling penting bagi memastikan status pendidikan anak terjamin.

  • Fasa 2 (Keperluan Asas): Beli buku teks yang tidak dipinjamkan dan pakaian seragam. Jika anak masuk U, beli keperluan asrama yang paling asas dahulu.

  • Fasa 3 (Kelengkapan Tambahan): Perkara seperti beg sekolah baru, gajet, atau hiasan asrama boleh ditangguhkan sehingga bulan hadapan selepas anda mendapat gaji baru.

4. Budaya Barang Terpakai & Reuse

Pendidikan adalah tentang ilmu, bukannya tentang siapa yang memakai barang paling mahal. Galakkan anak-anak menggunakan semula beg sekolah atau botol air yang masih elok.

Bagi pelajar universiti, buku rujukan selalunya sangat mahal. Membeli buku daripada senior (second-hand) atau meminjam di perpustakaan digital boleh menjimatkan ratusan ringgit.

Duit yang dijimatkan ini boleh dialihkan untuk menampung kos makan dan minum (duit poket) anak di kampus.

5. Merancang Untuk Masa Depan

Jika tahun ini anda merasa sesak, jadikan ia satu pengajaran. Kos pendidikan akan terus meningkat setiap tahun. Mulakan simpanan emas secara konsisten di Public Gold serendah RM100 sebulan.

Di sinilah peranan simpanan emas, terutamanya melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold, menjadi sangat kritikal. Public Gold memudahkan kita untuk kumpul dana pendidikan anak-anak dengan Akaun GAP.

Dengan menyimpan dalam bentuk gram emas, anda tidak akan terasa gatal tangan untuk membelanjakannya berbanding menyimpan wang tunai di bank.

Apabila tiba musim sekolah tahun hadapan, anda sudah mempunyai dana yang kukuh untuk dicairkan tanpa perlu pening kepala lagi.

Penutup

Kesimpulannya, cabaran kewangan awal tahun dapat diatasi dengan perancangan yang betul. Jangan biarkan musim sekolah menjadi musim berhutang.

Jadikan simpanan emas sebagai back-up tunai yang kukuh untuk pendidikan anak-anak anda. Ingat, lebih awal kita mula menyimpan, lebih tenang masa depan mereka.

Mula simpan emas serendah RM100 hari ini.

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *