Tambah Pendapatan atau Kurangkan Belanja?

Saya ada buat quiz sikit di Channel Telegram saya dan alhamdulillah syukur sesangat. Saya memang cukup bangga dengan jawapan subscribers saya!

Sebabnya semua yang join channel Ilmu Emas Irfan Sa’id ini pandai-pandai belaka. Iya, tak ada jawapan yang salah atau yang betul.

Bila dalam situasi yang tak menentu ini, ditambah lagi dengan virus Covid-19 sekarang, kita mesti buntu. Harga barang semakin naik.

Sebuku roti bersaiz besar di kedai, dari RM 3.10 dah naik ke RM 4.00. Naik 90 sen tapi kecoh satu Malaysia. Inilah masalah yang kita alami dari dulu sampai sekarang. Pertambahan harga barang.

Gambar dari sahabat Dealer saya, Abe Mie Ohsem

Jadi, nak tambah sumber pendapatan atau kurangkan perbelanjaan?

Jawapan yang terbaik, semuanya terpulang pada diri kita sendiri.

Orang yang rajin, dia sanggup berusaha untuk cari side income sungguh-sungguh. Dengan kudrat yang ada, dia terus kerah keringat.

Orang yang hebat, dia tahu bezakan mana keperluan dan mana kehendak. Dia hebat mengawal nafsu, maka dia potong segala belanja yang tak perlu.

Orang yang rajin + hebat pula, dia akan cuba belajar ilmu pengurusan kewangan, sanggup beli buku dan masuk ke kelas-kelas yang ada.

Golongan yang ketiga ini akhirnya berjaya cipta pendapatan tambahan secara aktif atau pasif dan dalam masa yang sama, mampu kawal perbelanjaan mereka.

Jadi, jom sama-sama kita tambah ilmu. Dengan ilmu, ia umpama kunci untuk membuka beribu-ribu pintu kejayaan yang lain.

Dengan ilmu, kesemua perkara di atas tadi pasti dapat diselesaikan. Segalanya bermula dengan ilmu. Ingat pepatah ini, “makin besar periuk, makin besar jugalah keraknya nanti.”

Tak kisah besar atau kecil jumlah pendapatan kita, kalau diuruskan oleh orang yang betul dan berilmu, pasti elok semuanya.

Begitulah.

Nak banyak lagi nota kehidupan dan tips kewangan PERCUMA? Klik link https://t.me/irfsansaidali dan join bersama 600 subscribers lain.

Irfan Sa’id,
Tak hensem takpa, janji ada ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published.