Tips Gunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Kad kredit boleh jadi alat kewangan yang sangat berguna, tapi pada masa yang sama, ia juga boleh jadi perangkap kewangan jika kita tidak gunakannya dengan betul.

Kita lihat betapa ramai golongan yang muflis akibat hutang kad kredit. Saban tahun ada saja berita-berita sebegini diterbitkan.

Sedangkan bagi segelintir orang yang lain pula, mereka mampu menjadi jutawan walaupun memakai kad kredit!

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi beberapa tips gunakan kad kredit dengan bijak, supaya anda boleh menikmati manfaatnya tanpa terbeban dengan hutang yang tak terkawal.

Let’s get started!

1. Kawal Perbelanjaan, Jangan Lebih dari Kemampuan

Kita semua pernah rasa nak beli macam-macam, terutama bila ada kad kredit di tangan. Lagi-lagi anak muda yang baru bekerja dan dah gunakan kad kredit.

Cuma kena ingat, kad kredit bukanlah duit tambahan yang kita boleh guna sesuka hati. Salah satu tips gunakan kad kredit yang paling penting ialah belanja ikut kemampuan kita.

Sebelum swipe kad kredit, pastikan kita tahu sama ada kita mampu untuk bayar balik jumlah tersebut pada akhir bulan atau tak.

Kad Kredit Harus Digunakan Dengan Bijak
Kad Kredit Harus Digunakan Dengan Bijak

Kalau rasa macam tak boleh, lebih baik tangguhkan dulu pembelian itu. Kad kredit yang digunakan dengan tidak terkawal boleh membawa kepada hutang yang tinggi.

Bayangkan jika kita hanya bayar minimum setiap bulan, baki hutang akan terus meningkat kerana faedah yang dikenakan. Oleh itu, kawal keinginan dan sentiasa berbelanja secara bertanggungjawab.

2. Bayar Penuh Baki Setiap Bulan

Kad kredit memang ada tarikan tersendiri dengan pilihan bayaran minimum setiap bulan. Tapi, ini sebenarnya boleh jadi perangkap jika kita tak berhati-hati.

Faedah ke atas baki yang tertunggak biasanya tinggi, jadi bayaran minimum hanya melengahkan pembayaran penuh. Salah satu tips gunakan kad kredit terbaik ialah cuba bayar penuh baki hutang setiap bulan.

pexels-photo-607812-607812.jpg

Contohnya, jika anda beli smartphone bernilai RM2,000. Anda sepatutnya mampu bayar penuh nilai tersebut.

Bukan tak boleh nak bayar minimum (biasanya bayaran minimum sekitar 2% ke 5% sebulan). Kalau anda beli pada harga RM2,000, bayaran minimumnya adalah RM40-RM100 sebulan.

Sebabnya baki hutang akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan dikenakan caj faedah. Akibatnya, hutang anda akan bertambah dari yang sepatutnya anda bayar.

Kena ingat yang caj faedah ini boleh cecah hingga 18% setahun maksimum. Bila ramai yang tak ambil peduli hal ini, maka makin bertambahlah bilangan mereka yang muflis akibat hutang kad kredit.

Bila bayar penuh, kita bukan sahaja mengelak daripada dikenakan faedah, tetapi juga mengekalkan rekod kewangan yang baik. Ia juga membantu mengelakkan kita daripada berdepan dengan tekanan hutang yang berpanjangan.

3. Gunakan Kad Kredit untuk Pembelian yang Diperlukan Sahaja

Bila guna kad kredit, kita kena ingat bahawa setiap sen yang dibelanjakan perlu dibayar balik.

Jadi, pastikan kita hanya guna kad kredit untuk pembelian yang benar-benar perlu atau pembelian yang memang kita rancang dari awal.

Ini adalah antara tips gunakan kad kredit yang boleh membantu kita elakkan perbelanjaan yang tak tentu hala.

Contoh terbaik ialah guna kad kredit untuk bayaran bil utiliti, insurans, atau perbelanjaan bulanan yang kita tahu mampu dilunaskan.

Elakkan guna kad kredit untuk perkara remeh atau pembelian tidak perlu, contohnya beli barang hanya kerana ada diskaun besar-besaran. Beli perabot baru, TV baru atau smartphone terkini.

Jangan jangan, buruk padahnya.

4. Manfaatkan Ganjaran dan Faedah Kad Kredit

Salah satu kelebihan utama kad kredit ialah pelbagai ganjaran, mata, & cashback yang ditawarkan oleh bank. Tapi, jangan hanya fokus pada ganjaran ini sampai kita lupa tentang perbelanjaan yang sebenar.

Ramai yang manfaatkan kad kredit untuk keperluan membeli belah di pasar raya & sewaktu mengisi minyak
Ramai yang manfaatkan kad kredit untuk keperluan membeli belah di pasar raya & sewaktu mengisi minyak

Gunakan kad kredit anda untuk pembelian yang akan beri pulangan terbaik. Contohnya, kalau kad kredit anda tawarkan mata ganjaran bagi pembelian di pasar raya atau pengisian minyak, manfaatkan kelebihan tersebut!

Tips gunakan kad kredit di sini adalah untuk pastikan kita tahu faedah yang ditawarkan dan bagaimana ia boleh digunakan secara bijak. Tetapi ingat, jangan berbelanja lebih hanya kerana nak kumpul ganjaran!

5. Pantau Transaksi Kad Kredit Secara Berkala

Dengan era digital sekarang, semua transaksi boleh dipantau melalui aplikasi atau online banking. Jadi, manfaatkan teknologi ini untuk sentiasa memantau penggunaan kad kredit kita.

Pastikan setiap perbelanjaan yang direkodkan memang dibuat oleh kita. Sekiranya ada transaksi yang mencurigakan, laporkan kepada bank dengan segera.

Kalau ada transaksi mencurigakan untuk kad kredit kita, terus report pada bank
Kalau ada transaksi mencurigakan untuk kad kredit kita, terus report pada bank

Ini juga membantu kita kekal berdisiplin dalam penggunaan kad kredit. Bila kita sedar betapa cepatnya baki hutang boleh meningkat, ia akan mendorong kita untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja.

6. Jangan Guna Semua Had Kredit

Bank mungkin tawarkan had kredit yang tinggi, tapi ini tidak bermaksud kita perlu menggunakan semuanya. Salah satu tips gunakan kad kredit yang penting ialah jangan guna lebih daripada 30% had kredit kita pada satu-satu masa.

Katakan seorang graduan muda, Yasmin, baru mula bekerja, gaji RM3,000 dan mempunyai kad kredit dengan had kredit RM6,000. (Biasanya had kad kredit 2 kali ganda dari pendapatan bulanan kita).

Walaupun had kredit ini agak tinggi bagi seseorang yang baru memulakan kerjaya, ini tidak bermaksud Yasmin patut guna semua RM6,000 tersebut.

Take note: Jangan gunakan kad kredit untuk membeli barangan yang boleh cecah keseluruhan had kad kredit kita.

Jika dia guna kesemua had kreditnya, katakan beli smartphone harga RM6,000, ia bukan sahaja boleh buat dia sukar untuk bayar balik, tetapi juga boleh menjejaskan skor kreditnya.

Skor kredit ini penting untuk masa depan kewangan kita, terutama jika kita merancang untuk memohon pinjaman seperti pinjaman rumah atau kereta.

Jadi, sentiasa pastikan kita tak guna kad kredit sehingga habis had yang ditetapkan.

Kesimpulan

Menggunakan kad kredit dengan bijak memerlukan disiplin dan perancangan. Walaupun ia memudahkan urusan harian kita, kita juga perlu sentiasa ingat bahawa ia bukanlah duit percuma.

Jika digunakan dengan betul, kad kredit boleh beri banyak manfaat seperti ganjaran dan kemudahan pembayaran, tetapi jika disalah guna, ia boleh menjadi beban yang sangat berat.

Dengan tips gunakan kad kredit yang saya kongsikan ini, saya harap anda boleh mula menggunakan kad kredit dengan lebih bijak dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *