Tips Kekal Fokus Semasa Bekerja

Apa yang kita boleh buat untuk kekal fokus semasa bekerja. Ini antara poin-poin penting yang saya sempat catat:

1. Ambil masa untuk berehat secukupnya. Contoh bila kita dah buat kerja selama satu jam, rehat sekejap dalam 15 minit. Pergi minum air, regang-regangkan badan.

2. Faktor persekitaran juga sangat memberi kesan kepada seseorang untuk lakukan satu-satu kerja. Kalau rasa tak selesa di tempat yang crowded, cari tempat yang lain.

3. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk pastikan badan dan minda kita sentiasa cergas. Confirm semua orang tahu kan kebaikan bersenam ni. Lain macam wehhh energy dia kalau kita betul-betul cergas.

4. Selalunya kita dah tahu dah pun apa benda yang buatkan kita tak fokus, contohnya terlalu lama scroll Facebook. Jadi, diri kita sendiri kena lawan, kena usaha lebihkan masa untuk aktiviti bermanfaat yang lain.

5. Boleh guna simple life hacks untuk kekal fokus. Contohnya, hias tempat kerja dengan hiasan menarik, upgrade dan beli peralatan yang sesuai untuk mudahkan kerja.

6. Satu lagi, paling senang kita print target yang nak dicapai setiap hari, siapkan jadual dan tampal dekat mana-mana tempat yang senang kita nampak. Insya-Allah akan membantu kita kekal semangat untuk capai target tersebut.

Irfan Sa’id,
Kekal semangattt semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *