Perkara yang paling sukar untuk orang mula simpan emas adalah sewaktu nak buat belian yang pertama! Dup dap dup dapp jantung. Kita jadi was-was dengan diri sendiri.
“Betul ke apa yang aku buat ni?”
“Sesuai ke beli emas dengan harga sekarang?”
“Macam mana kalau nanti aku takde duit?”
Gais,
Benda ni biasa. In fact, dalam setiap perkara yang kita baru nak ceburi, was-was tu mesti akan datang. So, nasihat saya, yang paling utama adalah mulakan dengan niat.
Dalam Islam pun kalau kita nak lakukan sesuatu, mesti bermula dengan niat. Selebihnya tinggal kepada kita nak berusaha dan bertawakal kepada Allah atas keputusan yang dibuat. Dan semestinya untuk teguhkan keyakinan diri, kena ada ilmu terlebih dahulu.
Jom saya kongsikan apa strategi untuk pemula simpan emas:
1. Mula dengan bajet dan gram paling ringan.
2. Mula dengan item emas paling murah.
3. Konsisten.

Mulakan Dengan 1 Dinar
Saya sendiri bermula dengan 1 Dinar sewaktu pertama kali simpan emas pada tarikh 15 Julai 2020.
Saya dah nekad nak simpan emas hasil dari duit simpanan yang dikumpul sejak sekian lama.
Selepas dah dapat 1 Dinar dalam tangan, saya jadi bertambah yakin. Dah tahu proses nak beli emas dengan Public Gold, terus saya beli 10g dan 20g Gold Bar untuk upgrade menjadi Dealer Public Gold pada bulan Ogos 2020.
Kenapa 1 Dinar, Bukan 1 Gram Yang Design Dalam Kad?
Ada tiga perkara anda perlu faham di sini iaitu:
1. Untung emas pada beratnya, semakin berat emas semakin jelas kenaikan harga emas.
2. Emas 1 gram lebih kepada tujuan koleksi, bukan saving. Ini kerana 1 gram ada banyak jenis design. Ramai orang tersilap langkah dengan beli 1 gram dengan jumlah banyak.
3. Emas 1 gram mempunyai susut nilai yang tinggi! Majoriti penyimpan emas hanya tahu tentang perkara ini semasa nak jual semula emas.


Target 1 Dinar Yang Pertama
Kalau anda sendiri dah start simpan emas, contohnya dengan Akaun GAP (Gold Accumulation Program) serendah RM100, target untuk keluarkan 1 dinar fizikal dulu. Kemudian, teruskan untuk capai gram yang lebih besar eg 5 Dinar dan 10 Dinar.
Selepas anda dah ada pengalaman pegang dan simpan 1 Dinar emas, percayalah. Dengan sendirinya aura menyimpan itu datang. Alhamdulillah kini pada usia 23 tahun, saya dah ada simpanan lebih 100g emas alhamdulillah.
Walaupun masih belajar di universiti.
Hasrat menyimpan dengan konsisten, tercapai.
Masalah kebocoran simpanan dapat diubati!

Macam Mana Nak Mula?

Klik Butang Daftar Percuma di bawah ini dulu.
Selepas itu anda akan menerima notifikasi di email panduan untuk login sama ada menggunakan apps atau website Public Gold.
Saya sendiri akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk berkongsi panduan cara beli emas Public Gold dan ada hadiah istimewa juga untuk anda bila dah berjaya simpan emas.
Bajet kecil serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas, usah bertangguh lagi. Tekan WhatsApp icon di sebelah kanan website ini jika anda ada sebarang pertanyaaan.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas