“Urus kewangan zaman bujang” – benda ni nampak remeh, tapi sebenarnya adalah skill paling penting kita kena ada sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ini bukan pasal nak jadi kaya raya, tapi pasal nak elakkan diri sendiri dari jadi punca masalah dalam rumah tangga nanti.
Waktu bujang, terutama bila gaji pertama dah masuk, memang kita rasa macam segala benda kita mampu beli. Nak upgrade telefon? Boleh. Nak beli kasut mahal? On. Kononnya, “Ini duit aku, suka hati akulah!“
Tapi, cuba fikir sekejap.
Mengapa Perlu Urus Kewangan Zaman Bujang?

Disiplin yang kita pupuk sekarang nilah yang akan jadi penyelamat kita bila dah ada tanggungjawab besar. Kita tidak mahu lah tabiat suka berbelanja dan berjoli tu terbawa-bawa sampai ke alam berumah tangga.
-
Kesian Anak Isteri: Bayangkan. Dekat luar, kita tunjuk kita mampu. Tapi kat rumah? Isteri nak beli barang dapur kena fikir dua kali. Anak-anak nak mainan simple pun kita terpaksa cakap “tak ada duit”. Sampaikan barang keperluan rumah pun tak cukup sebab duit kita asyik bocor shopping benda tak perlu. Ini zalim namanya.
-
Hadiah Terbaik Untuk Pasangan: Sebenarnya, hadiah paling bernilai kita boleh bagi kepada bakal isteri/suami kita bukanlah majlis kahwin grand, tapi kestabilan kewangan yang kita bina waktu kita masih single. Kita bagi ketenangan fikiran, bukan hutang.
-
Senang Nak Move On Bila Ada Bencana: Kalau dah ada simpanan kecemasan yang kukuh masa bujang, bila dah kahwin nanti, kalau tiba-tiba salah seorang hilang kerja ke, kereta rosak ke, kita taklah panik sampai gaduh-gaduh besar. Duit simpanan tu lah jadi back-up.
3 Tindakan Simple Untuk Start Urus Duit
Nak urus kewangan zaman bujang ni tak perlu susah-susah. Tiga benda ni je yang paling penting:
-
Potong Dulu Gaji Untuk Simpanan: Bila gaji masuk, terus tolak 10-20% masuk dalam akaun simpanan yang susah nak usik (lagi bagus buat auto debit). Anggap je duit tu tak wujud. Kalau tak nampak, takde lah rasa nak belanja.
-
Settle Hutang Jahat: Kalau ada hutang kad kredit atau pinjaman peribadi berbunga tinggi, cuba fokus settle masa bujang ni. Jangan bawa hutang personal masuk dalam rumah tangga. Ia akan makan duit belanja keluarga.
-
Rekod Perbelanjaan: Tak payah software mahal. Guna je notes dalam telefon atau apps macam Money Lover. Cuma ambil masa 5 minit sehari untuk tulis “Hari ni belanja RM30 untuk kopi, RM150 untuk petrol”. Bila kita nampak ke mana duit kita pergi, barulah kita serik dan pandai kawal.
Ingat, zaman bujang ni lah masa kita paling bebas. Tiada komitmen yuran sekolah, pampers, atau susu anak. Guna kebebasan ni untuk prepare diri.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Yang Sedang Cuba Mengawal Tangan Dari Checkout Cart.


