Guru saya, Tuan Hafizul Hakim pernah kongsi dengan kami link video tentang satu temubual di YouTube. Dan sampai sekarang, saya memang asyik duk ulang banyak kali video ni.
Video Datuk Rosyam Nor interview Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia. Jadi, saya nak kongsikan fakta ini yang mungkin ramai tak tahu.
1. Datuk Kamarudin Meranun, antara Billionaire di Malaysia adalah anak ke-8 dari 11 orang adik-beradik dan anak lelaki terakhir di dalam keluarga.
2. Beliau pernah belajar di Institusi Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam Diploma Sains Aktuari dan juga lepasan Central Michigan University di Amerika Syarikat dalam bidang Investment & Finance.
3. Datuk pernah bekerja di Arab-Malaysian Merchant Bank selama 3-4 tahun sambil menjalankan perniagaan Roslan Aziz Production dengan rakan sekolah beliau, Roslan Aziz.
4. Awalnya Datuk Kamarudin nak buat bisnes jet, untuk syarikat-syarikat kecil sign MOU di dalam kapal terbang. Tapi bila semua dah tersedia, terjadi Financial Crisis 1998. Kemudian barulah Datuk Kamarudin bergabung dengan Tony Fernandes untuk mulakan AirAsia.
5. Datuk Kamarudin pun pernah alami kejatuhan di mana tiada duit belanja malah ada hutang yang perlu diselesaikan. Sehinggakan nak bagi duit belanja sekolah anak pun tak ada duit.
6. Syukur dengan kehadiran isteri tersayang di sisi, Datuk Kamarudin terus bertahan. Beliau dan isteri pergi menunaikan umrah dan dengan izin Allah, beliau berjumpa dengan seseorang yang membantu beliau untuk bangkit semula.
Dalam temuramah ini, entah kenapa perkataan yang keluar dari mulut Datuk memang saya suka sangat! First time dengar, terus lekat di hati.
Dan antara point penting yang saya belajar setelah mendengar perkongsian dari Datuk:
1. Pada beliau, kegagalan adalah persediaan untuk kita. Tuhan Maha Kaya, jadi bila tuhan bagi sesuatu ujian, tak mungkin tuhan nak kita gagal. Tuhan sedang memberikan kita pengajaran untuk dimanfaatkan di masa hadapan.
2. Pentingya keimanan kepada tuhan. Beriman dengan tuhan bermakna kita mempercayai segala ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat diri. Kalau kita percaya, kita akan selalu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.
3. Doa adalah senjata umat Islam yang paling utama. Ikhtiar tetap ikhtiar tetapi kena juga berdoa. Yang Maha Pemberi ialah Allah SWT, jadi tingkatkan pergantungan kita kepada Allah SWT.
4. Objektif berniaga bukan sahaja nak jadi jutawan. Semua orang boleh jadi jutawan, tapi seseorang itu akan lakukan apa sahaja untuk bergelar jutawan tak kisah halal haram. Yang paling penting, passion untuk berniaga. Baru kita akan berjaya.
Irfan Sa’id,
Anak muda yang terinspirasi.