Selamat pagi!
Nak dapatkan hasil yang gempak, result yang power, nak taknak kita kena mula buat apa yang kita minat. Mula dengan langkah-langkah yang kecil.
Sewaktu kita nak mula berjalan dulu pun, kita belajar untuk bertatih, beranikan diri untuk ambil langkah yang pertama. Walaupun kita sering terjatuh pada mulanya, ada yang sampai luka dagu, calar siku, tapi kita masih berani untuk mencuba.
Akhirnya, kita mampu untuk berjalan dengan sendirinya tanpa perlu orang lain pimpin tangan kita lagi.
Semacam semangat yang suka mencuba dan tak mudah berputus asa itu sudah wujud dalam diri kita sejak lahir lagi. Jadi, kenapa kita perlu takut untuk cuba lakukan benda baru hari ini?
Kita semua adalah pahlawan dalam cerita hidup masing-masing. Buktikan apa yang kita buat hari ini mampu lakukan sesuatu perubahan yang besar di masa hadapan.
Mula buat apa yang kita minat walau dengan sekecil-kecil perkara, kelak kita pasti dapat lihat hasilnya. Kerana kejayaan itu tidak datang dalam sekelip mata.
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Assalamualaikum dan selamat pagi!