PERCAYA

Kawan,

Orang lain tak kisah apa yang nak jadi pada diri kita. Kita sendiri yang tentukan haluan dan nasib kita. Berhenti fikir apa orang lain nak kata, fokus pada diri sendiri sahaja.

Percaya dengan kemampuan diri sendiri di saat orang lain merendahkan kita. Ia pasti akan membawa kita ke destinasi yang dituju selama ini.

Membawa kita terbang lebih tinggi, bebas sebebas-bebasnya dari kolot pemikiran manusia yang suka mencerca dan membuatkan kita sangat-sangat gembira apabila telah tiba di destinasi impian nantinya.

Percaya dengan kemampuan diri kita. Ia pasti boleh membawa kita ke mana saja.

Irfan SaidAli

Berfikirlah dengan cara orang yang berjaya, pasti diri kita juga akan terus berjaya suatu hari nanti. It’s all about your mindset! Insya-Allah aminn.

Irfan Sa’id,
Percaya dan terus percaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.