Share Yang Baik-Baik saja.

Alhamdulillah betul la orang kata, media sosial ini boleh jadi baik, boleh jadi juga yang sebaliknya. Terpulang atas diri kita sendiri nak pilih yang mana.

Dan terutama sekali bila saya start follow beberapa influencer yang tiap-tiap hari memang akan share tips-tips bermanfaat, kisah bantu orang, kisah kejayaan, cerita kewangan, fakta menarik dan banyak lagi.

Saya sedar yang media sosial ini sangatlah memberi kebaikan kepada orang ramai kalau kita kongsikan perkara-perkara yang baik dan positif.

At least, saya betul-betul sedar bila Ummi bagitahu yang cikgu tuisyen Matematik saya waktu sekolah rendah dapat rasa sendiri sedapnya Roti Naan yang saya rekomenkan haritu.

Dekat IG pula, ada beberapa orang kawan saya pun bagi feedback yang sama, seronok gila dapat makan lepas tengok posting saya tentang Roti Naan Cheese Bidayah Bistro.

Siap ada yang personally WhatsApp dan hantar gambar tengah makan lagi hahaha. Terharu pun ada. Siap suruh saya teruskan lagi post-post macam gitu.

Haa ini kawan yang personally WhatsApp saya!

Untuk saya, saya rasa gembira gila sebab orang lain pun gembira dapat makan dan cuba sendiri lepas saya share tentang kedai tu. Syukurnya tu memang tak boleh nak digambarkan.

Memang terbaik, alhamdulillah!

Mungkin inilah antara point yang guru saya tekankan,

“Biar orang lain pun dapat impak positif bila kita share benda-benda yang baik dan orang boleh ambil manfaat. Ini tujuan yang paling utama bila bermain media sosial, tujuannya kita nak berkongsi lebih banyak kebaikan.”

“Kalau kita share tapi sebab nak hina orang, nak merendahkan orang, nak kecam orang, atau kita tengah tak puas hati dengan seseorang dan up posting dengan niat menyindir, akhirnya circle yang buruk jugalah kita akan dapat.”

Kali ini, saya betul-betul faham dan tangkap mesej yang guru saya nak sampaikan. Sungguh jelas dan terang. Seperti cahaya yang melimpah, bersinar-sinar setelah sekian lama terperap di dalam kotak fikiran yang sempit dan gelap.

Bestnya bila dapat tengok orang lain sama-sama gembira dan seronok. Bayangkan kalau lebih ramai orang share benda yang baik-baik dekat semua media sosial yang ada, insya-Allah persekitaran kita pun mesti bertambah baik juga.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Akan terus share benda yang baik-baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published.