Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Public Gold dah wujudkan fungsi Auto-Debit dalam akaun emas GAP. Ini bermakna anda boleh terus buat simpanan secara automatik serendah RM100.
Ianya adalah berdasarkan permintaan ramai pelanggan Public Gold yang nak menyimpan emas pada setiap bulan tanpa terlupa. Jadi, fungsi Auto-Debit ini telah diwujudkan.
Automatik transfer dari akaun bank ke akaun emas GAP, termasuk untuk akaun dewasa dan anak-anak (akaun GAP Junior). Baca lebih lanjut tentang akaun emas anak di sini => https://irfansaidali.com/haa-budak-umur-setahun-pun-boleh-simpan-emas/
Ianya lebih cepat dan senang kerana anda tak perlu fikir akan terlepas simpanan emas setiap bulan. Selain itu, ia sangat berkesan sebagai forgotten saving anda.
Jom saya tunjukkan caranya: