Beli Emas Dengan Duit KWSP?

Ada perkara menarik yang saya nak kongsikan tentang emas dan KWSP! Ianya tentang perbandingan kenaikan harga emas dan agihan pulangan dividen KWSP.

Pada tahun 2017, jika kita simpan RM 10,000 dalam akaun emas GAP, kita dah ada sebanyak 51.30 gram.

Sekarang, bila nak jual balik semua emas di GAP, ianya bernilai RM 13,132.80 (dengan harga buyback RM 256). Untung sebanyak RM 3,132.80!

Harga jualan balik emas 1g di akaun GAP

Jika kita simpan duit dalam KWSP 5 tahun yang lepas, dividen purata adalah 5.1% dan akan beri pulangan sebanyak RM 12,823.

Agihan dividen KWSP dari tahun 2015

Masih untung cuma anda nampak yang mana beri pulangan lebih banyak?

“2 tahun yang lepas, kita jangka tak yang dividen KWSP beri akan turun sampai 4.9%?”

Dan kelebihan emas ini, ianya mengekalkan kuasa beli kita sebagai pengguna. Dah tentu-tentu harga 5 tahun lepas tak sama dengan harga sekarang.

Walaupun ada yang pertikai, “harga emas naik dan turun. Kita tak tahu 5 tahun akan datang apa akan jadi pada harga emas.” Baik, saya jawab kembali.

“2 tahun yang lepas, kita jangka tak yang dividen KWSP beri akan turun sampai 4.9%?”

Sebaiknya jika dah cukup dana kecemasan 6-12 bulan gaji, hijrahkan sebahagian duit gaji ke emas. Fakta ada sebagai bukti, apa kita tunggu lagi?

Irfan Sa’id,
Follow rapat-rapat!

Leave a Comment

Your email address will not be published.