Sejak tahun 2021, saya telah melihat pelbagai perubahan dalam industri emas, namun satu perkara yang tidak pernah berubah adalah komitmen Public Gold dalam memberikan kualiti terbaik kepada para pelabur dan penyimpannya.
Hari ini, saya ingin berkongsi satu berita penting. Emas Public Gold kini tampil dengan imej berwajah baru! Transformasi ini bermula dengan item 1 Dinar, dan akan diikuti oleh 5 Dinar serta 10 Dinar secara berperingkat.
Kesemua produk emas Public Gold akan perlahan-lahan ditukarkan kepada standard baru yang lebih premium.
Kenapa Perlu Berwajah Baru? Memahami Standard LBMA
Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa perlu tukar packaging? Jawapannya adalah untuk membawa kualiti emas kita ke arah standard London Bullion Market Association (LBMA).
Bagi mereka yang masih baru, LBMA adalah badan piawaian emas antarabangsa yang paling berprestij di dunia. Apabila emas kita mengikut standard ini, ia bermakna ketulenan dan kualitinya diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Ini adalah langkah strategik Public Gold untuk memastikan aset yang anda simpan mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi di peringkat global.
Jaminan Buyback: Walaupun Calar, Bengkok, atau “Seal” Dibuka!
Ini adalah bahagian yang paling penting untuk anda fahami. Ramai penyimpan emas bimbang jika sarung plastik (seal) dibuka, harga emas mereka akan jatuh atau tidak diterima oleh kedai.
Namun, di Public Gold, ketenangan fikiran anda adalah keutamaan kami. Pengasas Public Gold, Dato’ Seri Louis Ng, secara peribadi memberikan jaminan bahawa Public Gold akan membeli semula (buyback) dinar emas ini pada harga tinggi mengikut harga semasa di website, walaupun:
-
Sarung atau laminated seal tersebut dibuka (dikopek).
-
Emas tersebut mengalami calar atau bengkok.
-
Keadaan fizikal emas tidak lagi “sempurna” di mata kasar.
Jaminan ini membuktikan bahawa Public Gold tidak hanya menjual emas, tetapi kita menjaga ekosistem simpanan pelanggan.
Malah, jika anda mempunyai emas jenama lain (jenama XYZ), anda masih boleh membawanya ke mana-mana cawangan Public Gold untuk dijual semula pada harga yang sangat kompetitif!
Menelusuri Sejarah: Evolusi Dinar Public Gold (2008 – 2025)
Tahukah anda bahawa penggunaan seal atau laminated gold ini bukanlah perkara baru bagi Public Gold? Sebenarnya, Public Gold sentiasa berevolusi mengikut kesesuaian ekonomi dan undang-undang semasa:
-
Tahun 2008 (Versi Pertama): Dinar emas pertama kita adalah 22K local minted. Pada waktu itu, pasaran emas Malaysia masih di peringkat awal.
-
Tahun 2014 (Zaman GST): Apabila cukai GST diperkenalkan, penjual emas perlu mengikut piawaian antarabangsa untuk mendapatkan pengecualian cukai. Maka, Public Gold bekerjasama dengan Nadir Metal Refinery (akreditasi LBMA) untuk mengeluarkan dinar 24K.
-
Selepas GST Dimansuhkan: Kerajaan bertukar dan GST dimansuhkan. Maka, Public Gold mengambil keputusan untuk mencetak sendiri dinar 24K agar lebih efisien. Versi tahun 2020 membolehkan penyimpan membuka sarung emas dan menyentuh emas fizikal secara terus.
-
Tahun 2023 hingga Kini: Public Gold kembali kepada standard laminated packaging bermula dengan edisi khas (seperti design Kambing) dan kini diteruskan dengan 1 Dinar berwajah baru. Ini adalah langkah untuk menyeragamkan kualiti kita dengan standard antarabangsa semula.

Kenapa Ada Yang Berani “Kopek” Keluar?
Mungkin anda perasan ada penyimpan yang sengaja membuka sarung emas mereka. Kenapa? Selalunya ia adalah untuk tujuan hantaran perkahwinan atau mas kahwin. Susunan syiling dinar yang berkilau dalam bingkai hantaran sangat memukau mata.
Disebabkan jaminan buyback yang tetap sama seperti yang saya jelaskan tadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mengeluarkan emas tersebut jika ada keperluan estetika atau sekadar mahu merasakan sendiri berat dan sejuknya emas 24K di tapak tangan anda.
Mulakan Simpanan 1 Dinar Anda Hari Ini!
Adakah anda bersedia untuk memiliki 1 Dinar berwajah baru ini? Sebagai Master Dealer, saya ingin memudahkan perjalanan simpanan anda.
Kelebihan jika anda bermula sekarang melalui saya:
-
Ansuran EPP10: Anda boleh memiliki 1 Dinar dengan bayaran ansuran patuh syariah selama 10 bulan. Ini sangat membantu aliran tunai anda!
-
Kupon Diskaun RM10: Saya ada berita baik! Untuk setiap pesanan (order) baru, anda layak menuntut kupon diskaun RM10.
-
Hadiah Istimewa: Sebagai introducer anda, saya akan memberikan buku Travelog Emas secara percuma. Buku ini adalah “kitab” wajib untuk anda faham selok-belok simpanan emas dengan betul.
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?” (Ar-Rahman). Peluang sudah ada di depan mata, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Cara Mendaftar & Lock Order: Anda boleh terus mendaftar di link ini. Sangat penting untuk anda menyatakan nama introducer anda bagi mendapatkan bimbingan berterusan:
-
Kod PG: PG00246861
-
Nama: Muhammad Irfan bin Mohd Sa’id
Jika anda perlukan bantuan untuk lock harga atau ada soalan tentang akaun GAP, klik sahaja butang WhatsApp di sebelah kanan website ini. Saya sedia membantu anda sehingga berjaya memiliki emas pertama!
Irfan Sa’id
Master Dealer Public Gold.

