250g emas ini sesuai buat sesiapa yang nak bekukan duit berjumlah RM80,000 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas.
Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun. Jom saya kongsikan dengan anda.
Sejarah Harga Emas
Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% – 6%).
Bahkan dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi.
Itulah sebab kenapa pakar kewangan nombor 1 Malaysia, Tuan Azizi Ali sarankan kita untuk alih sebahagian duit simpanan dari ASB kepada emas.
Dulu ubi, sekarang beras.
Tuan Azizi Ali
Dulu ASB, sekarang emas!
Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun, bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.
Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Berapa Harga Gold Bar 250g?
Pada tahun 2000, harga goldbar 250 gram emas berada pada RM8,750.00.
Melangkah ke tahun 2005, ia meningkat kepada RM13,000.00.
Memasuki tahun 2010, nilainya mencapai RM32,500.00.
Diikuti dengan peningkatan kepada RM40,000.00 pada tahun 2015.
Menjelang tahun 2017, harganya melonjak ke RM46,250.00.
Dan sekarang 250 gram bertarikh 4/2/2024, kini berharga RM82,691.00!
Emas Dinilai Pada Berat
Emas ni nilainya pada berat. Makin berat emas dibeli, semakin tinggi beza harga dapat kita perhati.
Bila harga emas meningkat lagi nanti, keuntungan kita juga akan naik berlipat kali ganda.
Dan menariknya di Public Gold, semakin berat emas, semakin murah harga per gram & semakin rendah spread margin. Jadi, lebih cepat kita untung dengan pelaburan emas ini.
Baca tentang Spread Emas Public Gold di sini.
Cara Belian Emas 250g
1. Full Payment
Yang pertama, anda boleh beli dengan cara Full Payment.
Full Payment = Harga emas + Caj premium. Rujuk gambar di bawah.
2. EPP 10 (Bayaran 10 Kali)
Yang kedua, anda boleh lock harga gold bar 250g yang terkini dan bayar jumlah yang sama untuk 9 bulan akan datang.
Jadual pembayaran anda tak akan berubah walaupun harga emas naik nanti.
EPP10 = Harga emas + Caj premium + EPP Premium
Percuma 1 Gram Gold Bar
Akhir sekali, anda akan terima 1g gold bar secara percuma jika anda beli emas 250g dengan Public Gold. Untuk bantuan lanjut, terus klik icon WhatsApp dan berhubung dengan saya.
Semoga artikel saya ini dapat bantu anda buat keputusan yang tepat. Dan sama-sama kita capai target kewangan dengan simpanan emas.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas