Aku Terima Anugerah! Alhamdulillah

Pada hari Sabtu, 10 Jun 2023, telah berlangsung satu acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh Dealer Public Gold. Program tersebut adalah Award Recognition Night oleh Public Gold yang dijalankan di One World Hotel, Imperial Ball Room, Petaling Jaya.

Dan alhamdulillah aku juga tersenarai antara achievers pada hari kejadian. Aku menerima award New Master Dealer untuk Financial Year 2022/2023.

Acara Tahunan Public Gold

Apa Benda Master Dealer tu?

Master Dealer ini adalah satu title dalam Public Gold untuk sesiapa yang berjaya membimbing 300 orang penyimpan emas & mendapat RM300,000 Personal Sales dalam tempoh 12 bulan. Alhamdulillah aku berjaya mencapainya.

Hensem kannn? Hehehe

Nak Tahu Apa Paling Menarik?

Dekat event ni pun, ada 3 orang nama besar dan terkenal di Malaysia tau. Figura-figura ini sangat terkenal dalam bidang kewangan di Malaysia sejak lebih sedekad yang lepas. Mereka adalah Tuan Azizi Ali, Tuan Shamsuddin Kadir dan juga Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim.

Paduuuu!

Semua ni Dealer Public Gold. Haaa inilah buktinya Public Gold adalah syarikat menjual emas yang berkredibiliti tinggi dan sangat dipercayai. Pakar kewangan kottt join! Bukan orang biasa-biasa.

Di sini juga, kami berkumpul dan berjumpa bersama Dealer-Dealer yang lain untuk bertukar idea dan pendapat demi kemajuan bisnes masing-masing.

Alhamdulillah Semua Berjalan dengan Lancar

Acara gilang-gemilang ini diadakan pada sesi pagi dan petang. Aku bersyukur gila dapat hadir ke acara ini. Bukan anugerah itu yang aku banggakan, tetapi aku dapat berjumpa dan menuntut ilmu dengan guru aku juga, iaitu Tuan Hafizul Hakim

Bersama sifu aku, Tuan Hafizul Hakim

Dan pada keesokan harinya, aku sempat hadir ke Bootcamp Training yang diadakan di Menara Public Gold@TRX. Program ini dijalankan oleh Team PG1M, yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim. Team untuk Dealer-Dealer Public Gold belajar untuk membangunkan bisnes masing-masing.

Perkongsian istimewa Men to Men, dari Tuan Syukor Hashim dan Tuan Hafizul Hakim

“Apa-apa cabaran pun mesti kena hadapi dengan tenang. Kita mesti selalu pesan pada diri, untuk letakkan diri lebih besar dari masalah yang datang. Barulah semua masalah itu akan dapat diatasi dengan baik.”

Itu pesanan dari Mahaguru Emas, Tuan Syukor Hashim kepada kami semua, cucu-cicit beliau dalam Public Gold.

Dengar sahaja nasihat tersebut, terus aku pun kembali tersedar. Seolah-olah diberi suntikan semangat, umpama booster untuk lebih kuat berusaha. Alhamdulillah.

Syukur sangat-sangat aku dipertemukan dengan orang-orang hebat dalam circle Public Gold. Insya-Allah target aku, untuk jadi next Founder Master Dealer, membimbing 500 orang penyimpan emas, Doakan yaaa!

Irfan Sa’id,
Anak Muda Terinspirasi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *