Apa itu Bank Run?

Bahaya Bank Run

Bahaya Bank Run merupakan istilah yang mungkin asing bagi sesetengah orang, namun ia membawa impak yang besar kepada sistem kewangan.

Secara ringkas, ‘Bank Run’ berlaku apabila terlalu ramai pendeposit mengeluarkan duit secara serentak kerana bimbang bank bakal muflis. Apabila panik melanda, institusi perbankan terpaksa mengehadkan pengeluaran untuk mengelakkan bankrap sepenuhnya.

Sejarah Hitam Bahaya Bank Run Di Dunia

Fenomena ini bukanlah perkara baru. Sejarah mencatatkan krisis Oktober 1929 di Amerika Syarikat sebagai titik mula ‘The Great Depression’. Pada Disember 1931, Bank of United States di New York gagal beroperasi, mencetuskan krisis perbankan terbesar dalam sejarah.

Bayangkan, lebih 1,300 bank terpaksa ditutup pada tahun 1930 sahaja. Rakyat yang panik berhimpun di luar bank, malah dalam masa beberapa jam, ribuan pendeposit mengeluarkan jutaan USD sehingga rizab bank kering.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Sejarah Krisis Ekonomi untuk memahami bagaimana ia memberi kesan kepada nilai mata wang.

Krisis Global Yang Pernah Berlaku

Selain Amerika, bahaya Bank Run juga pernah menggegarkan Northern Rock di United Kingdom pada tahun 2007. Di Asia pula, Bank of East Asia di Hong Kong turut mengalami nasib yang sama pada tahun 2008 akibat khabar angin.

Kejadian ini membuktikan bahawa sistem perbankan tradisional mempunyai risiko yang tersendiri. Sebagai rujukan tambahan mengenai kestabilan kewangan, anda boleh menyemak laporan World Bank Financial Stability.

Bank Run di UK
Bank Run di UK

Kesimpulan: Lindungi Kekayaan Anda Sebelum Krisis Melanda

Memahami bahaya Bank Run bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga agar kita tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul.

Sejarah telah membuktikan bahawa sistem perbankan boleh goyah bila-bila masa sahaja apabila kepercayaan rakyat mula hilang.

Oleh itu, amat penting untuk kita mempelbagaikan simpanan dalam bentuk aset fizikal yang berada dalam kawalan sendiri. Emas adalah jawapan terbaik sebagai pelindung (wealth protector) saat sistem kewangan sedang bergelora.

Dengan memiliki emas, anda tidak perlu risau tentang had pengeluaran atau kegagalan sistem bank, kerana nilai emas kekal utuh di tangan anda.

Dah sedia untuk pelbagaikan simpanan anda hari ini?

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Klik link t.me/irfsansaidali dan join bersama lebih 700 subscribers lain untuk lebih banyak ilmu kewangan dan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *