Auto Debit Akaun GAP – Tahukah anda, Public Gold kini menyediakan fungsi Auto Debit dalam akaun emas GAP? Fungsi ini membolehkan anda menyimpan emas secara automatik serendah RM100 sebulan tanpa perlu risau terlepas bulan.
Ia diwujudkan hasil permintaan ramai penyimpan emas yang mahu konsisten menabung setiap bulan. Dengan Auto Debit, duit akan dipotong terus daripada akaun bank anda dan dimasukkan ke dalam akaun emas GAP.
Sama ada akaun dewasa ataupun akaun anak-anak (GAP Junior). Jadi, ia sesuai untuk simpanan peribadi mahupun tabungan pendidikan anak. Baca juga: Akaun Emas Anak (GAP Junior)
Kenapa Auto Debit GAP Penting?

Ramai orang teringin simpan emas, tapi cabaran paling besar ialah konsisten. Bila simpan manual, asyik bertangguh. Harga emas naik, baru kelam-kabut nak beli. Sibuk sikit, terus lupa. Akhirnya niat tinggal niat, emas pun tak terkumpul.
Dengan Auto Debit GAP, anda:
-
Tak perlu risau terlepas bulan.
-
Tak perlu bimbang disiplin menyimpan.
-
Tak perlu tunggu bajet besar baru nak mula.
Auto debit ini juga berfungsi sebagai “forgotten saving”, iaitu simpanan automatik yang membina aset tanpa anda sedar.
Tutorial Auto Debit Akaun Emas GAP
Untuk setup auto debit, ikuti langkah mudah ini:
-
Log masuk ke akaun GAP anda melalui Public Gold.
-
Pilih menu Auto Debit.
-
Masukkan jumlah yang mahu ditetapkan (minimum RM100).
-
Pilih tempoh simpanan (contoh: 1 tahun, 3 tahun, atau 5 tahun).
-
Sahkan maklumat.
-
Setkan melalui online banking anda.
-
Siap! Simpanan emas berjalan automatik setiap bulan.
Saya dah siapkan tutorial video untuk anda ikut. Tengok di sini.
Berapa Patut Letak Setiap Bulan?
Anda boleh tentukan sendiri mengikut bajet dan matlamat.
-
Nak kumpul 1 gram emas sebulan → Set Auto Debit RM550 sebulan.
-
Nak kumpul 0.5 gram emas sebulan → Set Auto Debit RM275 sebulan.
-
Minimum serendah RM100 pun boleh untuk mulakan.
Contoh:
Harga emas semasa 25/9/25 = RM550/gram.
Kalau buat auto debit RM300, anda dapat 0.5454 gram emas (RM300 ÷ RM550).
Kalau buat untuk 5 tahun secara konsisten, bayangkan berapa banyak emas yang anda berjaya kumpul tanpa sedar!