Barang Kemas Dikenakan Cukai?

Barang kemas atau yang lebih dikenali sebagai emas 916 memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Terutama lagi dalam kalangan kaum wanita.

Itulah harta turun temurun, ada yang antara kita ni, mewarisi emas pemberian nenek kita dulu-dulu. Namun, apa yang saya nak kongsikan ni, pasti anda akan terkejut

Anda tahu tak yang emas perhiasan di Malaysia akan dikenakan cukai SST antara 5-8%. Ini telah diumumkan di Parlimen tempoh hari.

Cukai barangan mewah termasuk barang kemas akan dikenakan cukai bermula Mei 2024.
Update terkini tentang cukai yang akan dikenakan.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini apa jua jenis emas dikecualikan dari cukai SST.

Namun, setelah pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, nampaknya kos membeli barang kemas akan menjadi lebih tinggi. Tapi saya ada penyelesaiannya.

Barang Kemas Sebagai Emas Perhiasan

Mengikut kepada kata-kata pakar kewangan ternama di Malaysia seperti Tuan Azizi Ali dan Tuan Shamsuddin Kadir, barang kemas hanya sesuai sebagai emas perhiasan. Maksudnya, kalau dari segi keuntungan yang kita dapat, sangat sedikit.

Nasihat pakar, untuk kita dapatkan untung yang lebih banyak dan cepat, emas sepatutnya dijadikan sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, emas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Barang kemas hanya sesuai sebagai emas perhiasan, bukan pelaburan
Barang kemas hanya sesuai sebagai perhiasan

Susut Nilai Yang Tinggi

Seperti yang saya sebutkan di atas, susut nilai barang kemas tersangatlah tinggi. Ada jenis emas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli.

Ramai orang yang tak perasan benda ni tau. Sebab tak ramai orang share, akhirnya kita terpaksa tanggung kerugiannya sendiri. Buktinya, saya kongsikan di bawah.

Satu lagi, sebab kedai-kedai emas ni, boleh ‘main’ harga. Kalau tak pandai tawar menawar, haaa memang habislah kita. Mungkin siap ditipu lagi.

Susut nilai barang kemas tinggi sampai 30%
Tengok ni, siap ada yang mengiyakan lagi. Kesian orang kita.

Kos Upah Yang Tinggi

Satu lagi faktor yang menyebabkan keuntungan barang kemas ni rendah adalah disebabkan kos upah.

Tak kisah barang kemas kita tu 916 atau 999. Sebab faktor utamanya adalah kos upah yang tinggi. Makin halus seni buatan barang kemas, makin tinggi kos upah.

Kos upah tak masuk akal bila nak beli barang kemas
Makin rumit design, makin tinggi upah

Dan untuk pengetahuan anda, kos upah ni boleh dimanipulasi oleh penjual-penjual emas. Pergi kedai A, kos upah RM350. Masuk kedai B, ehh design yang sama tapi upah cecah RM400.

Kan rugi?

Emas ketulenan 916 je, tapi kita terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Dah nak sama atau lebih kalau dibandingkan kita simpan Goldbar & Dinar 999.9.

Alternatif Simpanan Emas

Dont worry, walaupun barang kemas dikenakan tax selepas ni, namun ianya akan diperhalusi lagi. Option lain? Goldbar & Dinar 999.9.

Ini adalah simpanan emas yang sangat berbaloi dari segi kenaikan harga dan pulangan dalam jangka masa panjang.

Untuk mencari tips simpanan emas jongkong dan dinar, boleh baca di sini.

Goldbar & Dinar sebagai simpanan jangka masa panjang
Dari serendah 0.5g hingga ke 1 kilo!

Saya sangat sarankan anda cepat-cepat beralih kepada simpanan emas 999.9. Lebih-lebih lagi, sekarang ni kita boleh beli Goldbar & Dinar dari syarikat yang sangat trusted seperti Public Gold.

Untuk yang bajet kecil, anda boleh bermula dengan serendah RM100.

Kalau ada bajet besar contohnya nak beli 1 dinar, 10g, 20g atau 1 kilo, pun saya boleh bantu.

Insya-Allah semoga perkongsian ini dapat menolong anda membuat keputusan yang terbaik sebelum mula simpan emas.

Untuk lebih banyak perkongsian tentang manfaat simpanan emas fizikal, jemput join Channel Telegram saya bersama lebih 700 orang subscribers yang lain. Link ada di bawah.

Jemput ke Channel Telegram saya

Irfan Sa’id,
Simpan emas dengan ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *