Harga Emas Lain Macam

Harga emas lain macam! Dah seminggu sejak masuk bulan baru, nilai emas di pasaran kini sangat menakjubkan. Sebab apa? Okay jom saya kongsikan dengan kalian.

Kalau diikutkan, nilai emas bulan oktober 2023 dilabel sebagai worst performance! Namun secara tiba-tiba, pada bulan November 2023, ianya menjadi All Time Best Performance.

Dan sekarang, nilainya dah capai kemuncak. Persoalannya mengapa? Sedangkan baru-baru ini, kita dengar berita yang nilai USD semakin mengukuh. Apa sudah jadi?

Faktor USD Merudum

Yang pertama, di Amerika Syarikat, Federal Reserve mengatakan bahawa nilai OPR mereka tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Seterusnya, laporan Non-farm payroll atau laporan data pekerjaan di Amerika Syarikat menunjukkan khabar yang kurang baik. Kadar pengangguran di sana semakin meningkat dan peluang pekerjaan pula terhad.

Tapi Apa Kaitan Dengan Emas?

Simple dan mudah untuk anda faham, kita tak beli emas dengan struktur RM >>> Gold.

Namun, kita beli emas dengan struktur begini: Ringgit >>> USD >>> Gold.

Memang kalau di Malaysia kita beli emas dengan matawang RM. Cuma yang perlu kita ingat, emas pada masa sekarang didagangkan dalam nilai USD.

Bahasa mudahnya, semakin kukuh nilai USD, semakin rendah nilai emas. Dan begitu juga sebaliknya.

Tiga Situasi Harga Emas

Situasi pertama, nilai USD turun, RM mengukuh dan harga emas global tak berubah. Harga emas di Malaysia akan turun.

Situasi pertama, nilai USD turun, RM mengukuh dan harga emas global tak berubah. Harga emas di Malaysia akan turun.
Situasi pertama

Situasi kedua, nilai USD turun, RM naik dan harga emas global juga menaik. Berkemungkinan harga emas di Malaysia akan turut meningkat.

Situasi kedua, nilai USD turun, RM naik dan harga emas global juga menaik. Berkemungkinan harga emas di Malaysia akan turut meningkat.
Situasi kedua

Situasi ketiga, nilai USD naik, RM turun tetapi harga emas global menaik. Berkemungkinan harga emas di Malaysia akan meningkat 2 kali ganda!

Situasi ketiga

Harga Emas Terkesan Dengan Krisis Dunia

Bila dunia mengalami konflik, semua pelabur akan terus lari ke emas untuk menyelamatkan kekayaan mereka. Kerana hanya emas satu-satunya aset di dunia ini yang tak terikat dengan apa jua sistem kewangan dalam dunia.

Dan sekarang ini, hangat tentang Isu Perang antara Palestin & Israel Laknatullah, mengakibatkan nilai emas terus melonjak ke paras tertinggi.

Sama juga ketika wabak Covid-19 melanda pada tahun 2020. Secara tiba-tiba, nilai emas Public Gold mencatat kenaikan tertinggi iaitu RM305 segram.

Harga emas catat kenaikan tertinggi pada tahun 2020 ketika wabak Covid-19 melanda.
Harga tertinggi pada tahun 2020

Mulakan Terus Simpanan Emas

Pengajaran yang kita boleh dapat adalah harga emas akan sentiasa mahal pada setiap zaman. Sebagai penyimpan emas, matlamat kita adalah bersifat jangka panjang.

Disebabkan itu, kita boleh saja terus menyimpan dan mengumpul emas sebagai harta. Walaupun harga naik turun, namun yang paling utama adalah kita berjaya capai target simpanan yang diidamkan.

Dan seterusnya kita tukarkan ia kepada harta yang lebih besar. Contohnya, seperti rumah dan tanah. Ataupun untuk tampung kos pembelajaran anak-anak.

Cara Kumpul Emas Untuk Anak-Anak. Baca Di Sini.

Maka, emas sangat-sangat digalakkan sebagai simpanan jangka masa panjang. Nak mula simpan emas serendah RM100?

Klik link di bawah untuk saya bantu anda.

Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *