Beli Emas Besar atau Kecil? Strategi Pesara Tukar RM150k Tunai ke Emas

100 gram emas Public Gold

Alhamdulillah, ada kisah gembira baru-baru ini dari salah seorang penyimpan emas di Public Gold. Beliau merupakan seorang pesara yang baru sahaja menerima wang ganjaran perkhidmatan.

Apa yang menariknya, beliau tidak membiarkan wang tersebut berehat lama di dalam akaun bank, sebaliknya bertindak pantas menukarkan hampir RM150,000 tunai kepada aset emas fizikal.

Beliau bukanlah orang baru dalam dunia simpanan emas. Beliau adalah seorang penyimpan yang sangat konsisten menabung setiap bulan dan benar-benar faham apa matlamat serta nilai emas yang dipegangnya.

Kisah beliau ini memberikan satu perspektif yang sangat mahal untuk kita semua, terutamanya tentang pemilihan item emas.

Tukar RM150k kepada emas
Tukar RM150k kepada emas

Strategi Menghadang Kebocoran Wang

Apabila mendapat duit ganjaran pencen yang besar, cabaran utama bukanlah bagaimana nak melabur, tetapi bagaimana nak menyelamatkan duit tersebut daripada habis begitu sahaja. Pesanan beliau kepada saya cukup ringkas tapi mendalam:

“Irfan, kalau saya tak tukar jadi emas sekarang, saya takut duit ni habis belanja ke tempat lain.”

Ini adalah realiti psikologi wang. Apabila kita melihat angka yang besar di dalam bank statement, minda kita mula memberikan pelbagai alasan untuk berbelanja.

“Nak tukar kereta sikitlah,”

“Nak renovate dapur sikitlah,”

Atau “Nak bantu saudara-mara yang meminjam.”

Tanpa sedar, tunai RM150,000 boleh menyusut menjadi RM50,000 dalam masa setahun tanpa sebarang aset produktif yang tinggal.

Dengan menukarkannya kepada emas, pesara ini telah membekukan kekayaannya daripada nafsu berbelanja yang tidak perlu.

Persoalan Utama, Kenapa Pilih Item 20 Gram?

Dengan bajet mencecah RM150,000, beliau sebenarnya mampu untuk memiliki seketul emas seberat 250 gram mengikut harga semasa. Biasanya, lebih besar item emas, lebih rendah harga per gram dan lebih rendah spread.

Namun, pesara ini mempunyai strategi yang lebih bijak untuk jangka masa panjang. Beliau memilih untuk memecahkan simpanannya kepada 11 keping gold bar 20 gram.

Kenapa beliau buat begitu? Ini adalah dua sebab utama yang boleh kita contohi:

1. Urusan Pewarisan (Harta Pusaka) Yang Lebih Adil

Beliau berfikir jauh ke depan tentang hari tua dan zuriatnya. Beliau berkata kepada saya, “Irfan, kalau saya mati nanti, senang anak-anak nak bahagi.”

Jika beliau memiliki satu ketul emas seberat 250 gram, urusan pembahagian kepada waris akan menjadi agak rumit.

Emas tersebut perlu dijual terlebih dahulu, kemudian barulah duitnya dibahagikan mengikut faraid atau persetujuan bersama. Proses ini kadangkala memakan masa dan berisiko mencetuskan perselisihan faham.

Dengan memiliki 11 keping kepingan 20 gram yang serupa, beliau boleh mewariskan kepingan tersebut secara terus.

Anak-anak atau cucu-cucu boleh menerima kepingan emas fizikal tersebut dengan adil. Tak perlu berebut, tak perlu bertelingkah. Semuanya jelas dan mudah.

2. Liquidity Yang Tinggi

Salah satu prinsip dalam pengurusan kewangan adalah kecairan. Kita tidak tahu bila kita memerlukan wang tunai dengan segera (emergency).

Jika anda memiliki satu gold bar besar seberat 250 gram dan tiba-tiba anda memerlukan RM5,000 untuk kos perubatan atau pembaikan rumah, anda terpaksa menjual keseluruhan emas tersebut atau memajak semuanya di Ar-Rahnu.

Ini kadangkala merugikan kerana anda terpaksa melepaskan pegangan emas yang besar untuk keperluan yang kecil.

Tetapi dengan kepingan 20 gram:

  • Jual sebahagian: Beliau hanya perlu jual satu atau dua keping kepada Public Gold mengikut jumlah tunai yang diperlukan. Baki 9 keping lagi masih kekal sebagai simpanan emas yang sedang bekerja untuk beliau.

  • Pajakan Ar-Rahnu: Jika hanya perlukan tunai sementara, beliau boleh bawa satu keping 20 gram ke Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman patuh syariah tanpa perlu mengusik kepingan yang lain.

Emas Besar vs Emas Kecil: Mana Satu Untuk Anda?

Jadi, nak beli emas besar atau kecil? Jawapannya berbalik kepada matlamat dan bajet anda:

  1. Pilih Item Besar (100g, 250g, 1kg): Jika matlamat anda adalah untuk memaksimumkan keuntungan jangka panjang dengan kos per gram dan spread rendah. Jimat caj premium emas juga. Sesuai untuk mereka yang memang sudah mempunyai dana kecemasan tunai yang cukup dan tidak berniat untuk mencairkan emas tersebut dalam masa terdekat.

  2. Pilih Item Kecil (1g, 10g, 20g, 1 Dinar): Jika anda mengutamakan fleksibiliti. Ia memudahkan anda untuk menjual sedikit demi sedikit atau membahagikannya kepada waris. Ia juga sangat sesuai sebagai simpanan paksa bulanan bagi mereka yang baru bermula.

Kesimpulan

Kisah pesara ini mengajar kita bahawa simpanan emas bukan sekadar tentang mengejar keuntungan harga naik semata-mata.

Ia adalah tentang pengurusan kekayaan (Wealth Management) yang bijak. Emas adalah pelindung daripada inflasi, pelindung daripada kebocoran wang, dan alat yang sangat praktikal untuk pewarisan harta.

Bagi anda yang mempunyai duit simpanan yang terbiar di bank atau bakal menerima durian runtuh seperti ganjaran pencen atau bonus tahunan, pertimbangkanlah untuk menukarkannya kepada emas sebelum ia habis bocor ke tempat lain.

Berminat nak mula simpan emas dengan bimbingan saya di Public Gold?

Sebagai dealer aktif, saya sedia membantu anda menyusun strategi simpanan emas mengikut bajet dan matlamat kewangan anda.

Sama ada anda mahu mulakan serendah RM100 melalui akaun GAP atau pembelian emas fizikal terus, saya sedia bimbing.

Klik di sini untuk mendaftar secara percuma atau hubungi saya terus melalui WhatsApp untuk pertanyaan lanjut. Jom kita selamatkan kekayaan kita dengan emas hari ini!

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *