Harga Jual Emas 916 Hari Ini di Public Gold: Panduan Buyback

Harga Jual Emas 916 Hari Ini di Public Gold

Ramai yang bertanya,

“Irfan, kalau saya ada emas 916, berapa Public Gold ambil balik?”.

Sama ada anda ingin rolling modal atau memerlukan tunai segera, memahami harga beli balik (buyback) adalah kunci utama.

1. Harga PG Jewel (Emas Public Gold)

Jika anda memiliki koleksi barang kemas daripada PG Jewel, harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif.

Berikut adalah perbandingan harga jual (Sell) dan harga beli balik (Buy) setakat hari ini, spread 9%:

Purity PG Sell (RM / g) PG Buy (RM / g)
999 (24K) 659 599
916 (22K) 627 545

Emas 999: Mempunyai spread yang lebih rendah (9%), menjadikannya pilihan lebih baik untuk pelaburan jangka pendek/sederhana.

Emas 916: Mempunyai spread lebih tinggi (13%) kerana ia adalah barang kemas yang melibatkan kos upah dan rekaan, lebih sesuai untuk simpanan jangka masa panjang atau perhiasan.

2. Public Gold Terima Emas Jenama Lain (Non-PG)

Salah satu kelebihan Public Gold adalah mereka tidak hanya menerima emas jenama sendiri.

Jika anda mempunyai emas dari kedai lain (Non-PG) dan ingin mencairkannya, anda tetap boleh menjualnya kepada Public Gold dengan harga yang telus.

Kadar Harga Non-PG Buyback:

Purity PG Buy (RM / g)
999 (24K) 589
916 (22K) 541

Kenapa Jual Emas 916 di Public Gold?

  1. Harga Telus: Anda tidak perlu masuk ke kedai dan tawa- menawar. Harga sudah dipaparkan secara live di laman web.

  2. Tanpa Mengira Keadaan: Walaupun emas tersebut patah, kemek, atau surat pajak gadai sudah hilang, Public Gold tetap akan menilai dan membelinya berdasarkan berat dan ketulenan.

  3. Proses Pantas: Hanya perlu bawa emas tersebut ke mana-mana cawangan (branch) Public Gold terdekat. Duit akan dikreditkan terus ke akaun bank anda dalam tempoh 1 ke 2 hari bekerja.

Langkah Mudah Jual Emas di Cawangan Public Gold

Ramai yang masih ragu-ragu bagaimana cara nak mula. Sebenarnya, prosesnya sangat mudah dan selamat. Sebelum anda terus ke cawangan, saya sarankan ikuti langkah ini:

  1. Hubungi Saya Dahulu: WhatsApp saya untuk semakan harga terkini dan check sama ada sekarang waktu terbaik untuk anda jual atau simpan.

  2. Daftar Akaun Percuma: Saya akan bantu anda buka akaun Public Gold secara percuma. Ini penting supaya rekod jualan anda tersusun dalam sistem.

  3. Hadir ke Cawangan: Selepas akaun siap, anda boleh terus bawa emas fizikal ke cawangan Public Gold berdekatan untuk urusan serahan dan bayaran.

Tips Dari Saya

Jika anda merancang untuk menjual emas jenama lain (Non-PG) untuk tukar kepada emas Public Gold (kerana spread yang lebih rendah), pastikan anda buat kira-kira dahulu.

Kadangkala, simpan sahaja emas tersebut adalah lebih baik jika belum ada keperluan mendesak.

Irfan Sa’id,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *