Harga Emas 916 PG Jewel, Pelaburan Sambil Bergaya

Harga emas terbaik hanya di PG Jewel

Ramai yang tertanya-tanya tentang harga emas 916 dan 999 PG Jewel hari ini sebelum membuat keputusan untuk menambah koleksi perhiasan mereka.

Bagi penyimpan emas tegar, kita tahu bahawa membeli barang kemas bukan sekadar untuk melawa di kenduri kendara, tetapi ia merupakan satu bentuk simpanan aset yang boleh dicairkan bila-bila masa.

Kenapa Perlu Semak Harga Emas PG Jewel?

Koleksi dan Harga Emas PG Jewel Terkini untuk Perhiasan
Koleksi dan Harga Emas PG Jewel Terkini untuk Perhiasan

Berbeza dengan kedai emas konvensional, harga emas PG Jewel dipaparkan secara telus di laman web rasmi Public Gold.

Ini memudahkan kita sebagai pembeli untuk membuat bajet yang tepat. Secara amnya, harga emas perhiasan 999 & 916 di PG Jewel mengikut pergerakan pasaran emas dunia namun kekal kompetitif dari segi upah tukang.

Apabila kita tahu harga semasa, kita boleh buat perbandingan dengan harga emas 999 (Gold Bar/Dinar).

Walaupun 916 ada campuran logam lain (sekitar 8.3%), nilai intrinsiknya tetap tinggi mengikut harga emas dunia yang boleh disemak di portal Kitco.

Kelebihan Membeli di PG Jewel

Kelebihan Beli Emas 916 PG Jewel Dengan Nilai Susut Nilai Rendah
Emas Aset Pilihan Wanita di PG Jewel

Apabila kita bercakap tentang harga emas PG Jewel, kita tidak boleh lari daripada membincangkan nilai spread atau susut nilai. Antara sebab utama saya sentiasa mengesyorkan jenama ini adalah:

  1. Ketulenan Terjamin: Setiap rekaan telah melalui proses kawalan kualiti yang ketat mengikut standard industri.

  2. Susut Nilai Rendah: Ini rahsia kenapa ramai peminat emas beralih ke PG Jewel. Nilai buyback yang tinggi memastikan duit kita tidak lebur begitu sahaja selepas dipakai bertahun-tahun.

  3. Pilihan Pelbagai: Dari koleksi eksklusif Aurora sehinggalah ke rekaan tradisional yang padu, semuanya ada.

Cara Kira Untung Simpanan Emas 916

Harga emas 916 terbaik di PG Jewel
Harga emas terbaik di PG Jewel

Untuk pelaburan, saya selalu pesan supaya kita faham cara kiraan untung. Formulanya mudah:

Harga Jual Balik – (Harga Beli + Kos Upah) = Keuntungan/Kerugian

Sebab itulah penting untuk kita cari emas yang mempunyai spread rendah. Di luar sana, ada kedai yang mengenakan susut nilai sehingga 25%.

Di PG Jewel, kadar ini jauh lebih rendah, biasanya sekitar 9% (999) hingga 13% (916) sahaja bagi barang kemas.

Harga emas 916 1 gram hari ini PG Jewel

Berdasarkan harga semasa PG Jewel, berikut adalah rujukan terkini untuk emas 916:

  • Harga jual (Sell): RM634.00/gram
  • Harga beli balik (Buy): RM551.00/gram

Ini bermaksud, jika anda membeli emas 916 hari ini pada harga RM634/gram, nilai buyback semasa adalah RM551/gram. Perbezaan antara harga jual dan harga beli dipanggil spread.

Dalam kes ini:

  • Spread = RM634 – RM551 = RM83 per gram (Spread ≈ 13%)

Spread ini penting kerana ia menentukan anda bila mula simpan emas. Semakin kecil spread, semakin cepat anda boleh capai keuntungan bila harga emas naik.

Ramai orang beli emas tanpa tahu harga buyback. Mereka hanya fokus pada harga beli. Sedangkan dalam realiti, untung sebenar hanya berlaku bila kita jual semula.

Tips Memaksimumkan Simpanan Emas Perhiasan

Walaupun harga emas di PG Jewel sangat menarik, anda perlu bijak dalam memilih berat dan jenis rekaan. Berikut adalah tips tambahan:

  • Pilih Rekaan Padu: Elakkan rekaan kosong (hollow) jika niat anda untuk simpanan jangka panjang. Emas padu lebih tahan lasak dan tidak mudah kemek.

  • Beli Waktu Ada Duit Lebih: Gunakan aplikasi atau web Public Gold untuk monitor harga. Kalau ada rezeki lebih, teruskan saja belian emas anda.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai PG Jewel

1. Adakah harga emas di PG Jewel berubah setiap hari?

Ya, harga dikemaskini mengikut pergerakan pasaran emas antarabangsa. Pastikan anda semak harga terkini sebelum membuat transaksi.

2. Bolehkah saya jual balik emas dari kedai lain ke PG Jewel?

Ya, semestinya boleh. PG Jewel juga menerima barang kemas lama. Bermula dari gred emas 999 (24 karat) hingga emas 750 (18 karat).

Bagi anda yang ingin melihat koleksi penuh atau mendaftar akaun secara percuma, anda boleh terus daftar di link ini (Cara Daftar Akaun Public Gold) untuk mula menyimpan hari ini.

Irfan Sa’id,
Jom shopping di PG Jewel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *