Berjaya, Kuncinya Wajib Percaya.

Selalu sangat kita dengar, “orang-orang kaya saja mampu simpan emas, beli rumah sampai berpuluh-puluh buah. Kami yang golongan biasa-biasa ini mampu tengok saja.”

Kawan-kawan,

Adakah kita sedar yang kita sedang memberi alasan?

Kita sedang melambatkan proses diri untuk mencapai kejayaan?

Kita sedang merencatkan fungsi otak dengan asyik berdalih?

Sekarang sudah tahun 2021. Zaman teknologi berkembang dengan sangat pantas di sekeliling kita. Bangkit gais!

Bukan zaman tahun 90-an dan awal tahun 2000 yang mana waktu itu nak dapatkan capaian internet pun susah yang amat.

Bahkan sebenarnya ada banyak contoh orang lama yang telah berjaya dan boleh kita jadikan sebagai inspirasi untuk berjaya.

Teknologi dah makin maju, jadi diri kita pun kena maju juga. Kita keluar dari zon selesa kita dan tetapkan matlamat untuk berjaya. Kita ubah cara hidup kita yang terlalu gemar memberi alasan dan merungut.

Nak tambah ilmu tapi duit tak ada. Sekarang, banyak seminar percuma yang diadakan. Tak payah belanja wang ringgit nak bayar yuran kepandaian, minyak dan tol untuk hadir seminar. Tak percaya?

Tengok FB Live Galeri Ilmu, FB Live Pustaka Permata Ummah, Zoom Meeting setiap hari Ahad jam 9 malam bersama FAR Capital. Haa banyak saya senaraikan.

Lagipun kalau betul kita nak menuntut ilmu, perlulah berkorban sedikit wang dan tenaga kan. Baru nampak kita ini jenis yang betul-betul nak berjaya.

Nak mula cari pendapatan sampingan. Bermacam-macam peluang bisnes yang ada di depan mata, siap ada yang tawarkan jadi dropship percuma lagi! Tak percaya?

Taip OneCookies dan anda akan lihat betapa hebatnya sistem perniagaan masa kini. Pengasasnya ialah Tuan Khairul Hakimin Muhammad.

Nak simpan emas dan menjadi pemilik kepada bisnes emas kita sendiri. Kita ada Public Gold Group.

Syarikat yang merangkumi syarikat emas nombor satu di Malaysia, Public Gold, PG Mall dan Aurora Italia. Ada 18 cawangan Public Gold, seluruh Malaysia, Outlet Aurora Italia di Queensbay dan KLCC.

Public Gold selalu tawarkan bermacam-macam pakej hebat untuk jadi Public Gold Business Owner. Terbukti pendapatan pasif 4-6 angka bukan mustahil.

Semua contoh-contoh di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Yang saya jumpa di media sosial dan saya ikuti perkembangannya dan belajar di sana.

Saya sendiri seorang Public Gold Business Owner dan alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat Allah takdirkan saya untuk menceburi bidang ini.

Kawan-kawan,

Tinggal kita saja yang nak keluar dari zon selesa dan usaha bersungguh-sungguh untuk capai impian kita. Pengorbanan yang sementara untuk kejayaan akan datang.

Kita yang tentukan tahap kejayaan mana yang nak dicapai. Bila dah tetapkan matlamat dan impian, maka usaha, usaha dan usaha. Tak boleh sesekali mengalah.

Sambil kita berusaha, kita panjatkan doa kepada Allah supaya Allah bimbing kita dan segala urusan kita dipermudahkan-Nya. Niatkan segala usaha kita kerana Allah SWT.

Buang ‘mindset’ negatif, ketepikan segala cakap-cakap orang. Bukan mereka yang beli beras untuk keluarga kita. Bukan mereka yang tanggung bil api dan bil air rumah kita.

Bila dah berjaya, kita bantu pula orang lain untuk sama-sama berjaya. Kita nak orang lain turut merasai apa yang kita rasa dan berkongsi segala ilmu dan rezeki yang ada.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak tips kehidupan di https://t.me/irfsansaidali/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *