Bukan semua benda elok untuk melabur!

Apa yang saya belajar tentang bab kewangan ini, bukan semua produk kewangan baik untuk pelaburan.

Ada yang dikategorikan sebagai perlindungan sahaja. Ada juga yang dikategorikan sebagai pelaburan jangka masa panjang dan sederhana.

Contohnya jika kita dimomokkan dengan cerita, pulangan produk xxx dapat lebih tinggi dari produk sekian, sekian, sekian, sebaiknya buat semakan terlebih dahulu.

Kita ada hak ke atas duit sendiri dan keputusan yang diambil akan memberi kesan pada kita di masa akan datang.

Jika baik, alhamdulillah.

Jika sebaliknya, nauzubillah.

Jadi, sebelum ambil apa-apa tindakan, buat semakan dan cari bahan bacaan.

Yang percuma, contoh dari penulisan di Facebook Tuan Azizi Ali, Tuan Shamsudin Kadir, Dr. Adam Zubir, Encik Zaidi Ismail dan ramai lagi.

Nak yang berbayar, lagilah banyak. Paling murah, beli buku satu dekat online bookstore dan baca. Paling senang, shopping di PGMall. Cara nak beli, boleh mesej saya.

Siap ada ebook percuma lagi saya sediakan.

Ahaaa gitu sempat aku promote.

Mudah kan. Saya pun tengah duk belajar lagi, nak bagi diri ni betul-betul faham bab kewangan. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Semoga bermanfaat!

Irfan Sa’id,
Mengutip permata-permata ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *