Gadai Emas Online dengan GAP

Hai assalamualaikum semua. Kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk kita memanfaatkan kemudahan sistem Gadai Emas Online di Akaun GAP Public Gold.

Antara kelebihan gadai emas online di Akaun GAP:
1. Kita boleh gadai 24/7. Tiada masalah!
2. Tidak akan tersenarai dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)
3. Upah simpan serendah 1%.

Menariknya, akaun emas GAP Public Gold adalah satu-satunya akaun emas yang menawarkan kemudahan gadaian emas secara atas talian!

“Tapi dekat mana kita gadai ni sebenarnya?”

Kita akan gadaikan emas di Koperasi Dagang Emas (KDE).

KDE adalah salah satu anak syarikat Public Gold dan telah mula beroperasi sejak tahun 2010. KDE berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang. HQ KDE bertempat di 88F, 2nd Floor, Jalan Tun Dr. Awang 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kelebihan gadai emas di KDE

Tutorial Gadai Emas Online GAP

Jom tengok langkah-langkahnya! Jika di apps Public Gold, ianya tetap sama.
  1. Klik MY GAP > AR-RAHNU
  2. Isi Kuantiti
  3. Pilih Bank (Pastikan dah update Bank Info)
  4. Upload gambar IC dan Penyata Bank (Online pun boleh)
  5. Klik Confirm dan sahkan nombor TAC.
Step 1
Step seterusnya

Setelah selesai, terus maklumkan pada staff tentang transaksi gadaian dengan menggunakan Help Ticket.

Cara hantar Help Ticket.

Duit gadaian emas akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Kebiasaannya akan mengambil masa dalam 2-3 hari.

Duit telah dikreditkan.

Cara Bayaran Balik Pinjaman dan Tebus Emas

Rujuk gambar di bawah
  1. Sebelum membuat pembayaran, semak jumlahnya di My GAP> Arrahnu> Arrahnu History
  2. Kemudian, boleh transfer ke akaun bank Koperasi Dagang Emas. Rujuk nombor akaun di bawah.
  3. Buka Help Ticket dan hantar bukti resit pembayaran. Masukkan PG CODE dan Nombor Transaksi GAP. Gram emas akan dikreditkan ke dalam akaun GAP anda dalam masa 7 HARI BEKERJA.
Nombor akaun bank KDE

Soalan Popular

1. Berapa kadar pinjaman?

Kadar pinjaman adalah sebanyak 70% dari harga emas semasa.

Contoh: 10 gram (gadaian emas) x RM263 segram (Harga semasa) x 70% = RM1,841.

2. Kalau bayar habis sebelum cukup sebulan. Berapa kadar upah simpan?

Kadar upah simpan dikira secara bulanan. Sekiranya habis awal, kadar upah tetap 1 bulan.

Contoh: Kadar upah simpan = RM30.
Sekiranya bayar habis pinjaman + upah simpan dalam masa 1 minggu. Upah simpan adalah RM30.

3. Berapa lama tempoh maksimum pinjaman Ar-rahnu GAP?

Tempoh maksimum adalah 8 bulan (6+2) sahaja.

4. Boleh bayar secara ansuran pinjaman Ar-rahnu GAP?

Buat masa ini, belum boleh. Sila maklumkan kepada staff Public Gold melalui Help Ticket untuk sebarang bantuan cara bayaran balik.

Irfan Sa’id,
Dealer Sah Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *