Cara gadai emas di Ar Rahnu semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia yang perlukan tunai segera tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.
Berbanding pinjaman konvensional, sistem Ar Rahnu lebih popular kerana patuh syariah, proses lebih mudah dan kadar upah simpan yang biasanya lebih rendah.
Ramai orang sebenarnya ada emas di rumah, tetapi tidak tahu bahawa emas tersebut boleh digunakan sebagai sumber kecemasan kewangan sementara.
Sebab itu memahami cara gadai emas di Ar Rahnu sangat penting terutama bagi mereka yang ingin menggunakan emas dengan lebih bijak.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana proses Ar Rahnu berfungsi, syarat yang diperlukan dan beberapa perkara penting yang anda perlu faham sebelum membuat gadaian emas.
Apa Itu Ar Rahnu?
Ar Rahnu ialah sistem pajak gadai Islam yang menggunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman tunai sementara.
Konsep ini berbeza daripada pajak gadai konvensional kerana ia menggunakan prinsip patuh syariah tanpa unsur riba. Pelanggan hanya dikenakan upah simpan berdasarkan nilai emas yang disimpan.
Di Malaysia, antara institusi yang menyediakan perkhidmatan Ar Rahnu ialah:
- Bank Rakyat
- YaPEIM
- Agrobank
- Ar Rahnu X’Change
- Pos Ar Rahnu
Maklumat lanjut mengenai konsep Ar Rahnu boleh dirujuk di Bank Rakyat Ar Rahnu
Cara Gadai Emas di Ar Rahnu
Proses cara gadai emas di Ar Rahnu sebenarnya agak mudah dan biasanya boleh selesai dalam masa singkat. Berikut langkah asas yang biasa dilakukan:
1. Bawa Emas dan Kad Pengenalan
Anda hanya perlu membawa:
- Emas fizikal,
- MyKad,
- Dan kadangkala resit pembelian jika ada.
Kebanyakan Ar Rahnu menerima:
- Gold bar,
- Dinar,
- Barang kemas jenis emas.
Namun jenis emas diterima mungkin berbeza mengikut institusi. Ada juga Ar Rahnu yang bila kita nak gadai gold bar, mereka hanya terima jenama yang diyakini sahaja.
Sebab itu, bila membeli gold bar atau syiling emas, pastikan anda membeli di syarikat yang ada kerjasama dengan Ar Rahnu. Salah satunya, Public Gold dan anda boleh baca testimoni ramai orang yang gadai emas di Ar Rahnu.
Prosesnya sangat mudah dan tak pernah Ar Rahnu tolak sebab kualiti emas Public Gold sangat tinggi.
2. Emas Akan Dinilai
Pihak Ar Rahnu akan memeriksa:
- Ketulenan emas,
- Berat emas,
- Harga pasaran semasa.
Nilai pinjaman biasanya sekitar 65% hingga 80% daripada nilai emas semasa.
Sebagai contoh, jika emas anda bernilai RM10,000, anda mungkin boleh mendapatkan pinjaman sekitar RM7,000 hingga RM8,000 bergantung kepada polisi institusi tersebut.
Antara yang saya dapat kongsikan, Ar Rahnu Agrobank dan Bank Rakyat sangat best bila kita pergi gadai di sana. Sebabnya kos upah murah dan margin pembiyaan tinggi.
3. Terima Tunai atau Bank Transfer
Selepas penilaian selesai dan anda bersetuju dengan jumlah pembiayaan, wang biasanya akan diberikan terus sama ada secara tunai atau bank transfer.
Proses ini antara sebab utama ramai memilih cara gadai emas di Ar Rahnu ketika perlukan dana kecemasan segera.
Kelebihan Gadai Emas di Ar Rahnu
Ramai memilih Ar Rahnu kerana ia bukan sekadar tempat gadai emas biasa, tetapi lebih kepada satu sistem kewangan sementara yang membantu ramai orang mendapatkan tunai segera tanpa perlu menjual aset mereka.
Berikut beberapa kelebihan utama Ar Rahnu yang membuatkan sistem ini semakin popular di Malaysia.
1. Patuh Syariah
Antara sebab terbesar ramai orang memilih Ar Rahnu ialah kerana sistem ini patuh syariah dan tidak melibatkan unsur riba seperti kebanyakan pinjaman konvensional.
Dalam sistem Ar Rahnu, pelanggan tidak dikenakan interest atas pinjaman yang diberikan. Sebaliknya, pelanggan hanya dikenakan upah simpan terhadap emas yang disimpan oleh pihak Ar Rahnu.
Ini bermaksud caj yang dikenakan adalah untuk kos penjagaan dan penyimpanan emas tersebut, bukan keuntungan daripada hutang.
Bagi ramai orang Islam, perkara ini memberi ketenangan kerana mereka dapat menggunakan kemudahan kewangan tanpa perlu risau tentang unsur riba yang dilarang dalam Islam.
Selain itu, struktur Ar Rahnu juga biasanya lebih telus dan mudah difahami berbanding sesetengah produk kewangan lain.
2. Masih Miliki Emas
Salah satu kelebihan paling besar dalam sistem Ar Rahnu ialah anda masih memiliki emas tersebut.
Berbeza dengan menjual emas, gadaian emas hanya bersifat sementara. Emas anda akan disimpan oleh pihak Ar Rahnu sebagai cagaran sehingga pinjaman diselesaikan.
Selepas anda membuat bayaran balik bersama caj upah simpan, emas tersebut boleh ditebus semula.
Ini sangat penting kerana ramai penyimpan emas sebenarnya membeli emas untuk simpanan jangka panjang atau perlindungan nilai kekayaan.
Bayangkan jika seseorang terpaksa menjual emas ketika kecemasan, mereka mungkin akan kehilangan aset tersebut buat selamanya. Tetapi dengan Ar Rahnu, emas masih boleh diperoleh kembali selepas keadaan kewangan kembali stabil.
Sebab itu ramai orang melihat Ar Rahnu sebagai emergency liquidity tanpa perlu melepaskan aset simpanan mereka.
3. Proses Cepat
Satu lagi sebab ramai memilih Ar Rahnu ialah prosesnya sangat cepat dan mudah.
Dalam kebanyakan kes, keseluruhan proses boleh selesai dalam masa kurang daripada satu jam bergantung kepada jumlah pelanggan dan institusi yang digunakan.
4. Upah Simpan Lebih Rendah
Berbanding sesetengah pinjaman peribadi atau penggunaan kad kredit, caj upah simpan Ar Rahnu biasanya lebih rendah dan lebih terkawal.
Ramai orang tidak sedar bahawa interest kad kredit dan pinjaman peribadi boleh menjadi sangat tinggi jika tidak dibayar dengan baik.
Sebaliknya, Ar Rahnu biasanya mengenakan caj berdasarkan berat, nilai emas, dan tempoh simpanan.
Ini menjadikan kos keseluruhan lebih mudah dijangka dan lebih terkawal.
Risiko Yang Perlu Difahami
Walaupun cara gadai emas di Ar Rahnu mempunyai banyak kelebihan, terdapat juga beberapa risiko yang perlu difahami.
Jika gagal menebus emas dalam tempoh tertentu, emas tersebut boleh dilelong oleh pihak Ar Rahnu untuk menutup baki pembiayaan.
Sebab itu penting untuk kita gadai ikut kemampuan, faham tempoh bayaran, dan elakkan terlalu bergantung kepada gadaian untuk gaya hidup.
Ar Rahnu sepatutnya digunakan sebagai alat pengurusan kewangan sementara, bukan sumber hutang berpanjangan.
Bila Gadai Emas Menjadi Pilihan Yang Lebih Baik
Dalam keadaan tertentu, gadai emas boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding membuat pinjaman peribadi dengan interest tinggi, terutamanya apabila seseorang memerlukan tunai segera dalam tempoh singkat.
Ramai penyimpan emas menggunakan Ar Rahnu sebagai jalan sementara untuk menyelesaikan masalah kewangan tanpa perlu menjual aset mereka secara kekal. Antara situasi paling biasa ialah kecemasan perubatan.
Ada masanya seseorang memerlukan wang segera untuk kos rawatan, deposit hospital atau membantu ahli keluarga.
Dalam keadaan seperti ini, emas menjadi aset yang sangat berguna kerana proses gadaian biasanya cepat dan mudah.
Ar Rahnu Untuk Modal Bisnes dan Rolling Cash Flow
Selain itu, ramai juga peniaga kecil menggunakan Ar Rahnu sebagai modal bisnes sementara atau rolling cash flow.
Kadangkala peniaga memerlukan tambahan modal untuk membeli stok, menampung bayaran supplier atau menunggu bayaran pelanggan masuk.
Daripada membuat pinjaman peribadi dengan interest tinggi atau menggunakan kad kredit secara berlebihan, mereka memilih menggunakan emas sebagai cagaran sementara kerana kosnya lebih rendah dan prosesnya jauh lebih pantas.
Ada juga yang menggunakan Ar Rahnu untuk keperluan mendesak jangka pendek seperti pembaikan kereta, komitmen keluarga, yuran pendidikan atau pelbagai kecemasan lain yang tidak dijangka.
Inilah sebab ramai penyimpan emas melihat emas bukan sekadar simpanan, tetapi juga sebagai aset kecemasan yang boleh membantu ketika diperlukan.
Ar Rahnu Sepatutnya Untuk Jangka Pendek
Namun begitu, penting untuk memahami bahawa Ar Rahnu sepatutnya digunakan sebagai alat pengurusan kewangan sementara dan bukannya untuk menampung gaya hidup atau hutang berpanjangan.
Walaupun emas boleh membantu ketika kecemasan, emas tetap lebih baik dijadikan simpanan jangka panjang dan perlindungan nilai kekayaan.
Sebab utama ramai orang membeli emas adalah untuk melindungi nilai wang daripada inflasi, membina simpanan stabil dan menyimpan kekayaan dalam bentuk aset sebenar.
Jika terlalu kerap menggadai emas tanpa perancangan yang baik, seseorang mungkin akan kehilangan disiplin simpanan dan akhirnya terperangkap dalam tekanan kewangan yang berulang.
Elakkan Gadai Emas Terlalu Lama
Dan antara tips penting yang boleh saya kongsikan ialah elakkan gadai emas lebih daripada tempoh setahun jika boleh. Sebab semakin lama emas berada dalam gadaian, semakin tinggi jumlah upah simpan yang perlu dibayar.
Walaupun caj Ar Rahnu biasanya lebih rendah berbanding pinjaman lain, kos tersebut tetap akan terkumpul dari semasa ke semasa.
Selain itu, tempoh gadaian yang terlalu lama juga meningkatkan risiko emas dilelong sekiranya bayaran gagal dibuat atau tempoh gadaian tamat tanpa penebusan.
Ramai orang tidak sedar bahawa tujuan utama Ar Rahnu adalah untuk membantu kecairan tunai jangka pendek dan bukannya menjadi hutang jangka panjang.
Sebab itu sangat penting untuk ada pelan yang jelas sebelum menggadai emas.
Gunakan Ar Rahnu secara berdisiplin, ikut kemampuan kewangan sendiri dan pastikan ada usaha untuk menebus semula emas tersebut secepat mungkin.
Bila digunakan dengan ilmu dan disiplin yang betul, Ar Rahnu boleh menjadi salah satu alat kewangan yang sangat membantu tanpa perlu mengorbankan aset simpanan jangka panjang anda.

Kesimpulan Cara Gadai Emas di Ar Rahnu
Cara gadai emas di Ar Rahnu sebenarnya mudah jika anda memahami proses dan syaratnya dengan betul. Sistem ini memberi peluang kepada pemilik emas mendapatkan tunai segera tanpa perlu menjual aset mereka.
Namun seperti mana-mana keputusan kewangan lain, penting untuk menggunakan Ar Rahnu secara bijak dan berdisiplin.
Emas bukan sekadar barang kemas, tetapi boleh menjadi alat perlindungan kewangan ketika diperlukan jika digunakan dengan ilmu yang betul.
Irfan Said
Simpan emas dengan ilmu.


