Harga Emas Dunia 2026 Turun Sedikit Selepas Rundingan US–Iran

Harga emas dunia 2026 sekitar USD4500 per ounce

Harga emas dunia 2026 masih bergerak sekitar USD4,500/oz selepas pasaran mengalami correction ringan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sentimen pasaran kini banyak dipengaruhi oleh perkembangan rundingan US–Iran, kekuatan US Dollar dan jangkaan terhadap keputusan Federal Reserve.

Data pasaran global menunjukkan harga spot gold berada sekitar USD4,490 hingga USD4,510 per ounce dengan penurunan kecil sekitar 0.5% berbanding hari sebelumnya.

Walaupun penurunan ini dilihat sederhana, ramai pelabur dan trader sedang berasa cuak dan berdebar-debar.

Ini kerana mereka sedang memberi perhatian penuh terhadap beberapa perkembangan ekonomi dan geopolitik yang boleh mempengaruhi hala tuju pasaran emas untuk beberapa minggu akan datang.

Bagi penyimpan emas jangka panjang, pergerakan seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa.

Dalam sejarah pasaran, harga emas memang sering mengalami correction sementara sebelum meneruskan trend lebih besar dalam jangka masa panjang.

Kenapa Harga Emas Dunia 2026 Turun Minggu Ini

Antara faktor utama yang menyebabkan harga emas dunia 2026 mengalami tekanan minggu ini ialah perkembangan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Pasaran global melihat kemungkinan hubungan geopolitik menjadi sedikit lebih stabil sekiranya rundingan tersebut menunjukkan perkembangan positif.

Bila risiko geopolitik mula reda, permintaan terhadap aset safe haven seperti emas biasanya akan menjadi lebih perlahan buat sementara waktu.

Keadaan ini sering berlaku dalam pasaran kewangan global. Bila ketegangan dunia meningkat, pelabur akan mencari aset perlindungan seperti emas.

Tetapi bila sentimen global kembali tenang, sebahagian pelabur mula beralih kepada aset yang lebih berisiko seperti saham dan indeks pasaran.

Menurut data daripada Kitco, pergerakan harga emas sekarang masih banyak dipengaruhi oleh sentimen geopolitik dan kekuatan mata wang US Dollar.

Selain itu, correction kecil dalam pasaran juga dilihat normal selepas kenaikan besar harga emas sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Faktor Yang Menekan Harga Emas Dunia 2026

Selain perkembangan rundingan US–Iran, terdapat beberapa lagi faktor yang sedang menekan harga emas dunia 2026 dalam jangka pendek.

Antaranya ialah kekuatan US Dollar dan peningkatan bond yield Amerika Syarikat.

Bila USD menjadi lebih kuat, harga emas biasanya akan menerima tekanan kerana emas didagangkan dalam mata wang Dollar Amerika.

Dalam masa sama, bond yield yang tinggi juga menyebabkan sebahagian pelabur memilih instrumen yang memberikan pulangan faedah berbanding menyimpan emas.

Menurut data daripada TradingEconomics, pasaran juga sedang menunggu petunjuk terbaru daripada Federal Reserve mengenai hala tuju interest rate untuk beberapa bulan akan datang.

Ramai pelabur kini memberi perhatian terhadap mesyuarat Federal Reserve seterusnya yang dijadualkan pada Jun 2026.

Pasaran mahu melihat sama ada Fed masih mahu mengekalkan interest rate tinggi lebih lama ataupun mula memperlahankan polisi tersebut selepas inflasi global semakin stabil.

Data dan analisis pasaran emas juga boleh dirujuk melalui laman web Investing.com.

Dalam masa sama, harga minyak dunia yang masih volatile turut memberi kesan kepada sentimen pasaran emas global.

Adakah Harga Emas Dunia 2026 Masih Bullish?

Walaupun harga emas dunia 2026 sedang mengalami correction ringan, ramai penganalisis masih melihat trend jangka panjang emas kekal positif.

Antara sebab utama ialah ketidaktentuan ekonomi global masih belum benar-benar reda. Inflasi global walaupun semakin perlahan, masih berada pada paras yang tinggi di beberapa negara utama dunia.

Selain itu, banyak bank pusat dunia juga masih aktif membeli emas sebagai sebahagian daripada simpanan rizab negara mereka.

Keadaan ini menunjukkan emas masih dianggap sebagai aset perlindungan nilai yang penting dalam sistem kewangan global.

Bagi mereka yang baru ingin memahami konsep simpanan emas, anda boleh baca panduan lengkap di sini: https://irfansaidali.com/daftar-akaun-public-gold/

Selain itu, analisis pasaran emas mingguan juga boleh dirujuk di website saya, page https://irfansaidali.com/harga-emas-perak-terkini/

Correction Harga Emas Dunia 2026 Sebagai Peluang Simpanan

Bagi penyimpan emas jangka panjang, correction harga emas dunia 2026 biasanya dilihat sebagai peluang untuk tambah simpanan secara konsisten.

Ramai orang terlalu fokus untuk mencari harga paling rendah sebelum mula membeli emas.

Tetapi dalam realiti pasaran, kebanyakan penyimpan emas yang berjaya membina simpanan besar bukan kerana mereka pandai meneka harga pasaran setiap hari.

Sebaliknya, mereka berjaya kerana disiplin dan konsisten menyimpan dalam jangka masa panjang.

Emas bukan sekadar instrumen pelaburan jangka pendek, tetapi lebih kepada alat perlindungan nilai terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.

Bagi memahami lebih lanjut tentang hubungan antara inflasi dan emas, anda boleh baca di: https://irfansaidali.com/emas-melawan-inflasi/

Menurut Federal Reserve, dasar interest rate dan kawalan inflasi masih menjadi fokus utama ekonomi Amerika Syarikat ketika ini dan perkara tersebut akan terus memberi kesan kepada pasaran emas global.

Kesimpulannya, walaupun harga emas dunia 2026 sedang mengalami correction kecil, ramai pelabur jangka panjang masih melihat emas sebagai aset penting.

Ini adalah untuk perlindungan kekayaan dan kestabilan nilai wang dalam jangka panjang.

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!