Gold In Transit (GIT): Cara Selamat Pos Emas Terus Ke Rumah

GIT Emas Public Gold

Gold In Transit (GIT) – Ramai penyimpan emas baru masih ragu-ragu, “Boleh ke kalau saya beli emas secara online dan minta pos ke rumah? Selamat ke?”

Jawapannya adalah melalui perkhidmatan Gold In Transit (GIT) daripada Public Gold. Sebagai pelopor perkhidmatan ini di Malaysia, Public Gold memastikan setiap gram emas atau perak anda dihantar terus ke pintu rumah dengan jaminan keselamatan yang tinggi.

Apa Itu Gold In Transit (GIT)?

Gold In Transit (GIT) adalah perkhidmatan penghantaran emas dan perak fizikal yang dilindungi sepenuhnya oleh insurans. Ini bermaksud, jika berlaku sebarang kehilangan semasa proses penghantaran, pihak Public Gold akan bertanggungjawab sepenuhnya. Anda kini boleh memiliki aset berharga tanpa perlu bersusah payah keluar rumah untuk ke cawangan.

Kadar Baharu Gold In Transit (GIT) 2025

Bermula 1 April 2025, terdapat kemas kini bagi kadar bayaran perkhidmatan ini. Penting untuk anda faham bahawa kadar ini ditentukan berdasarkan berat bungkusan dan lokasi penghantaran:

  • Untuk Emas: Kadar bermula serendah RM10 (Semenanjung) dan RM20 (Sabah/Sarawak) untuk berat bawah 4.24g.

  • Untuk Perak: Kadar bermula RM25 (Semenanjung) dan RM35 (Sabah/Sarawak) bagi berat bawah 250g.

  • Perlindungan Insurans: Semua penghantaran ini disertakan dengan perlindungan insurans bagi menjamin ketenangan minda anda.

Untuk perincian berat yang lebih besar, anda boleh merujuk jadual penuh dalam poster ini.

Cara Request GIT Emas Public Gold
GIT Public Gold

Kenapa Pilih Gold In Transit (GIT)?

Kelebihan utama Gold In Transit (GIT) adalah kemudahan. Anda hanya perlu buat pembelian melalui aplikasi atau web, selesaikan bayaran, dan tunggu abang kurier hantar.

Ini sangat membantu bagi mereka yang tinggal jauh dari cawangan atau sibuk dengan urusan kerja. Anda juga boleh membaca Tips Simpan Emas untuk mengetahui cara menguruskan emas yang telah sampai di tangan anda.

Ingat, pengurusan kewangan yang bijak bermula dengan tindakan yang memudahkan urusan kita. So jom nikmati kemudahan simpanan emas bersama Public Gold!

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Klik Channel Telegram dan join bersama lebih 700 subscribers lain untuk info terkini emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *